Dahulu saya tidak gemar berjalan dan melawat mana – mana tempat pun dan lebih suka duduk di rumah, sebabnya saya mudah penat bila berjalan. Sebabnya selalunya perjalanan jauh, tapi sekadar tengok sesuatu yang dituju itu sekejap sahaja. Habis masa dan wang sahaja. Lebih baik duduk. Tetapi saya silap.
Rupanya melalui pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan, pelbagai perkara baru saya temui. Bukan sekadar kawasan baru, tetapi orang baru dan suasana baru. Walau sekejap, tetapi ia begitu berharga.
Sebenarnya bukan destinasi yang dituju yang mengujakan saya, tetapi menempuhi perjalanan sepanjang menuju ke destinasi yang mematangkan dan menambah pengalaman saya. Bak kata seseorang, live in the moment, hargai pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan, kerana menuju destinasi memang penting, tetapi proses untuk sampai ke destinasi juga sama penting.
Pengalaman yang ditempuhi itu adalah milik saya. Ia tidak boleh dibeli dengan apa-apa jua, walau semahal mana pun ia dibeli dan dijual. Ha, sebab tu orang selalu kata, hargai setiap apa yang datang pada kamu, kerana kamu tidak tahu bila lagi ia akan datang lagi kepada kamu. Ohhh, baru saya faham. Betullah kata orang, semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman. Now I’m waiting for a road trip dengan angah and his family. Tak per, duit boleh dicari ngah. Heheheh. Nasib baik adik ngah ni baik tau.
Wednesday, November 11, 2009
Monday, November 9, 2009
Pantun : Budi
( Bukan milik saya – sekadar berkongsi kerana saya gemarkannya)
Baik bergalas maupun tidak,
Buli-buli bertali benang
Bbaik berbalas mahupun tidak
Asal budi sama dikenang
Burung helang burung jentayu,
Mengimbau naik ke atas palang
Bunga kembang akhirnya layu
Budi yang baik takkan hilang
Yang kurik itu kendi,
Yang merak itu saga,
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa
Baik bergalas maupun tidak,
Buli-buli bertali benang
Bbaik berbalas mahupun tidak
Asal budi sama dikenang
Burung helang burung jentayu,
Mengimbau naik ke atas palang
Bunga kembang akhirnya layu
Budi yang baik takkan hilang
Yang kurik itu kendi,
Yang merak itu saga,
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa
Friday, November 6, 2009
Permulaan yang baru
6 November 2009 - tarikh bertuah untuk aku. :)
Bermulanya satu permulaan yang baru untuk aku. Tiada lagi angan-angan, sekarang adalah perlakuan dan masa utnuk tindakan.
Siapa aku sebenarnya dan siapa yang aku mahu jadi sebenarnya. :)
Betul kata pujangga dan bijak pandai, bila kita banyak berjalan, semakin banyak pengalaman yang ditimba dan setelah hampir setahun di tempat orang, telah banyak pengalaman ku tempuhi, walau pun aku tak tahu sama ada pengalaman itu cukup untuk membantu aku menepuhi masa hadapan. Tapi satu yang ku pasti, walau apa pun aku akan terus berjalan, sesekali akan menoleh ke belakang mengenang kembali penngalaman dan kenangan lama sebagai panduan, dan walau halangan berduri berada di hadapan, aku akan terus melangkah dan tidak akan menyesali atas apa jua yang menimpa diri ini.
Telah ku sedari, hidup ini bukan mudah, tetapi hanya akan lebih sukar jika hati, minda dan perasaan kita turut mengatakan ia susah. Jadi ku pujuk diri ini, hati ini agar akan terus sabar, tabah dan teruskan berjalan dan sentiasa berfikir bahawa diri ini bertuah, bahawa diri ini cantik, bahawa diri ini akan sentiasa menang dalam menghadapi cabaran, kerana apa yang penting apa yang kita katakan pada diri kita sendiri. Pedulikan apa pandangan dan kata-kata orang kerana yang penting adalah diri kamu. Kerana dirimu adalah berharga.
Aku akan kembali usahakan apa yang telah ku usahakan selama ini, tetapi dengan lebih tekun dan bersemangat lagi. Selamat berusaha dan Selamat berjaya Mas.

Monday, September 7, 2009
UPSR >>>>> SELAMAT BERJAYA SEMUA :)
Esok UPSR akan bermula. Selamat berjaya semua.
Pastikan keluar dengan kaki kanan. Jangan lupa cium tangan mak dan abah, minta restu daripada mereka

Pastikan awal, jangan lewat, kalau tertinggal bas siapa yang susah?

Jangan lupa minta restu ayah juga tau. Jangan jalan menonong je

Jangan gemuruh, yakin pada diri, dan banyakkan doa

Dengar dan ikut arahan guru pengawas yer. Selamat berjaya semua

Sunday, August 30, 2009
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52 Malaysia

Semasa saya menjadi pelajar di universiti, pelajaran yang saya gemar adalah subjek 'perhubungan antarabangsa. Saya selalu ingin tahu apa pandangan orang luar terhadap Malaysia. Bagi saya, Malaysia itu unik, tiada negara seperti Malaysia dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia.
Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-52. (1957-2009). Tahniah. Semoga kemerdekaan ini akan digemilangkan dengan kejayaan, kemakmuran dan kebahagiaan untuk semua. Jadikan Malaysia tanah yang selamat untuk semua. :)
Di sini saya letakkan gambar yang menjadi kebanggaan saya sebagai anak Malaysia. :)
Pictures are not mine. Googling and credited to the owner.