Nuffnang

Saturday, December 29, 2007

Wasatiah aka kesederhanaan

Semasa di sekolah menengah, saya mengambil subjek Al-Qur’an dan As-Sunnah. Di antara banyak topic yang perlu dipelajari, ada satu topic yang amat menarik perhatian saya , ( saya tak pasti sama ada topic ini masih diajar). Topik itu bertajuk Wasatiah.

Wasatiah maksudnya sederhana. Pengertian wasatiah ialah keseimbangan dan kesepaduan dalam kehidupan bagi dunia dan akhirat mengikut petunjuk Allah S.W.T.

Saya suka sangat dengan konsep ini, sebabnya, saya seorang yang terburu-buru dan kadang kala agak boros, tapi bila ingat wasatiah dan kepentingannya, ia semacam ubat untuk saya agar berwaspada dalam tindakan saya. Contoh dalam percakapan dan perbuatan. Walau macam mana pun keadaan kita, kena berjaga-jaga, kena kawal tindakan, dan bersederhanalah. Tak rugi jika kita besederhana.

Antara kebaikan besederhana dalam kehidupan kita seharian, ialah contonhya apabila
kita tergoda nak membeli pelbagai barang menarik, tapi wasatiah atau skap besederhana mengelakkan kita menyesal di kemudain hari. Dan pula, bila kita ada sikap sederhana, kita akan berfikir banyak kali sebelum bertindak. Taklah melulu dan main hentam sahaja.

Kebaikannya ialah kita dapat menempuhi kehidupan dengan keadaan tenang kerana emosi dan jasmani seimbang. Bukankah ketenagan yang ramai antara kita mencarinya? IA juga mengajar kita merancang tindakan kita sebelum sesuatu tindakan dibuat. Ialah, bila kita tenang, kita mampu berfiir dengan waras dan tenang dan seterusny membuat keputusan dengan bijak. Dan semestinya ia akan lebih mematangkan minda kita. Lagi penting, ia dapat mengelakkan sikap fanatic dan emosional dalm tindakan kita seharian.

Rasanya, wasatiah mudah dilaksanakan dalam perbelanjaan seharian. Selalu saya baca di komik pasal perempuan yang boros. Contoh bila tiba musim perayaan perempuan sibuk nak tukar semua perhiasan dan akhirnya terperangkap dalam bebanan hutang. Tapi tak semestinya perempuan je kan yang kuat berbelanja. Lelaki juga perlu ada sikap wasatiah, kita manusia dicipta dengan kelemahan. Saling beringat itu penting untuk kehidupan kita.

Friday, December 28, 2007

Kebanjiran maklumat tidak semestinya bagus

Situasinya begini, ada pelbagai pilihan surat khabar, semua memaparkan berita yang sama, tapi berlainan susunan tajuk, panjang artikelnya dan gambarnya. Adakah anda akan membeli semua surat khabar yang memaparkan berita yang sama tapi berlainan tajuk dan isinya ( isi berkemungkinan sama, tapi cara penyampaian berbeza) sebabnya anda mahukan banyak maklumat tentang berita yang sama. Boleh jadi keputusan yang baik, tapi tidak berapabijak. Ataupun orang kata, eh, buat apa beli surat khabar, baca saja di internet, free jer.

Tapi apa yang saya mahu sampaikan apabila kita kebanjiran maklumat selalunya, ia taklah baik sangat. Lebih-lebih lagi bila kita tak tahu nak buat apa dengan maklumat itu. Itulah masalahnya yang saya hadapi sekarang. Terlalu banyak maklumat yang saya baca sampai mana saya tak tahu macam mana nak guna. Sebab itu, orang kata exam oriented students is not really good. Maksudnya, pelajar yang berorientasikan peperiksaan kurang bagus, sebabnya maklumat ynag mereka ada hanya diguna pakai semasa peperiksaan sahaja, dan digunakan di kehidupan sebenar jarang sekali.

Maklumat walaupun sedikit, tapi kalau diguna pakai adalah bagus, berbanding terlalu banyak maklumat, tapi tiada penggunaan tidak baguskan? Eh, nanti dulu, nanti orang kata, jadi tak payah baca banyak buku. Hmm, membaca memang perlu dan perlu jadi aktiviti harian, tapi jangan hadkan pembacaan pada satu bahan sahaja, sebabnya nanti maklumat ynag ada berkisar sesuatu perkara sahaja, jadi banyakkan bahan bacaan anda. Kalau suka novel cinta, apa kata baca pula fiksyen psal politik ke, perang ke. Taukan, banyak jer keputusan dalam organisasi politik dipengaruhi oleh cinta , dan begitu juga perang.. sebab cintakan perempuan tapi tak boleh bersama, maka berperanglah. Saya tak ingat kisah apa, tapi rasanya ada. Semua benda di dunia ini berkaitan, jadi kita kena tahu. Rasanya kita kena gak jadi jack of all trades. Tahu pasal semua perkara, tapi tahu sikit-sikit jer. Hmm, walau apa pun pilihan anda, keputusan adalah di tangan anda. Saya tak cerita lagi kenapa dengan saya bercerita hal ni, tapi sebab nak sidai baju dan kemas rumah, nanti saya sambung.

Wednesday, December 26, 2007

Sembahyang, kenapa perlu?

Peringatan untuk saya dan sesiapa yang membacanya.

Kenapa perlu sembahyang?
Sembahyang adalah tiang agama. Bayangkan rumah tanpa tiang, maka ranaplah rumah itu.

Daripada laman web ini http://www.sabah.gov.my/jheains/Kepentingan%20Solat%20Dalam%20Kehidupan.htm

Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu ibadat wajib ke atas setiap umat Islam yang akil baligh. Dalam al-Quran terdapat lebih 25 tempat ayat 'AQAMA' yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan/mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan 'AS-SOLAH' atau sembahyang diulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya firman Allah S.W.T (S. An-Nisaa': 103).Yang bermaksud:

"...maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."

Hikmah sembahyang

1. Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:

”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”. (S. Thaha: 14).

Sembahyang adalah pe-ngabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekaligus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:

2. Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).

3. Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”.

(S. Al-Ankabuut: 45).

Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.

4. Sembahyang Memantap Jiwa dan Sifat Tawaduk

Kesan kebaikan sembah-yang seterusnya dapat dilihat dan dirasakan dalam hati, jiwa dan dalam diri seseorang yang mendirikan sembahyang dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, dari segi membentuk peribadi yang berdisiplin, tegas, tetap hati, berprinsip, bersifat tawaduk (tahu diri/rendah diri dan hati) dan sifat tadarru’ (merendah diri memohon berdoa kepada Allah). Dengan lain perkataan, sembahyang akan membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri orang-orang yang bersembahyang. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

”Bahawasanya sembahyang itu adalah penetapan hati (tegas dan berprinsip), (menyuburkan) sifat tawaduk serta tadarru’ (dalam hati dan diri seseorang)…”

(HR At-Tirmizi dan An-Nasa’i).

5. Sembahyang Menjana Kejayaan dan Kebahagiaan

Berkat hidup dan berbahagia kehidupan, aman damai dan tenang dan jiwa dipenuhi rasa yakin berjaya dan maju. Tiada keluh kesah, bimbang, runsing, takut dan gundah dalam diri. Inilah kesan dari ibadah sembahyang. Ia hanya akan dirasakan oleh orang-orang yang taat, khusyuk dan ikhlas mengerjakan sembahyang sepanjang hayatnya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

”Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya”.

(S. Al-Mukminuun: 1-2).

Perlu diingatkan, bahawa solat adalah ibadat yang diterima oleh Baginda Nabi s.a.w. secara langsung daripada Allah S.W.T. ketika Nabi s.a.w. mengadap Allah S.W.T. di Sidratil Muntaha dalam peristiwa besar Isra' Mikraj Nabi s.a.w. Berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. pembawa wahyu. Ini tentu satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di sisi Allah S.W.T.

Sebagaimana manusia bila mahu memberi sesuatu yang istimewa kepada sese-orang kita sendiri yang akan memberi atau menyerahkannya. Kerana itu, sebagai umat Islam marilah kita ambil berat perintah solat ini dalam diri, keluarga, masyarakat dan kehidupan. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dijanjikan oleh Allah sebagai golongan berbahagia dan berjaya yang akan memperolehi kebahagiaan di dunia berupa kejayaan, ke-amanan dan keberkatan hidup, dan nikmat kehidupan akhirat yang kekal, sebagaimana firman Allah dalam al-Qur'an yang bermaksud:

"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya".

(S. Al-Mukminuun: 9-11).

Demikianlah, betapa besar pengaruh dan fungsi sembahyang dalam menyuburkan nilai-nilai baik dalam kehidupan umat Islam. Jelas menunjukkan bahawa sembahyang yang sempurna dengan segala rukun serta syaratnya dapat memberi kesan dalam hati, jiwa, akal, amalan dan tindakan sese-orang. Dan orang yang tetap istiqamah mendirikan sembahyang juga dapat mengubah dirinya daripada se-orang berkelakuan jahat kepada berkelakuan baik, daripada mengerjakan perkara jahat atau maksiat kepada meninggalkannya dan daripada baik kepada yang lebih baik dan terbaik.

Kerana itu, Baginda Nabi s.a.w. telah mengingatkan ibubapa supaya mengajar dan menyuruh anak-anak mereka bersembahyang sejak berumur 7 tahun lagi. Sabdanya yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu sembahyang bila berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika berumur sepuluh tahun (kerana enggan sembahyang). Dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dengan perempuan)."

(HR Abu Daud).


Sembahyang dan peringatannya

Sembahyang tak susah, tapi bila nak mengerjakannnya, amatlah susah. Melengahkan. Walhal tengah tak buat apa- apa pun. Itu belum tiba masa tengah cerita best. Lagi lah susah. Nak-nak sembahyang subuh, lagilah susah nak bangun. Kalau subuh susah nak bangun, apa lagilah qiam. Saya ingat masa di sekolah menengah, masa tingkatan 3, kawan baik saya, Pat, selalu kejut saya buat qiammulail, dan berkatnya, PMR tahun tu dapat 8A. Tapi masa SPM, agaknya kawan baik dah tak ada, nak buat qiam susah, SPM pun cukup makan je. Pat pula sekarang on the way nak jadi doktor. Tapi cari- cari pasal sembahynag kat internet ni, saya terjumpa artikel ni. Tapi tak ingat saya ambil dari mana. Tapi amat sesuai jadi renungan semua.

SOLAT AKHIR WAKTU!!!
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya ?..
Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga
Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua
Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan
Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-ol ah kita tak sembahyang juga
Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa
Ish?.
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.
Amin.

Tapi disclaimer, saya tak pasti kebenarannya, tapi kalau ia betul, kan amat menakutkan. Semoga menjadi insafan untuk semua.


Monday, December 24, 2007

Saya dah tak tanam anggur lagi

Mulai bulan depan, saya tak jadi penganggur lagi, saya akan masuk maktab dan bakal jadi guru bahasa Inggeris. Ye, saya lepas test dan interview KPLI. Amat bersykur, walau pun mula –mula rasa ragu sama ada nak terima atau tak. Saya dah lama tak update blog saya ni, saya akan masukkan lagi bahan selepas ni.

Saya ada masalah sikit nak konsenstrasi, tak tahu naper. Alamak, lepas ni risau pasal driving test. Takut gagal. Takutlah dengan jpj, walau pun dia pun manusia biasa.

Hari Ahad lepas, along saya accident. Keretanya teruk, nasib baik tiada siapa yang cedera parah.

Masa saya mula nak belajar pasal perniagaan internet, saya pergilah mencari semua bahan dari luar negara, hingga lupa nak cari dalam negara. Rupanya kat Malaysia ni ramai internet marketer yang berjaya. Itulah orang kata, semut seberang laut nampak, gajah kat sebelah tak perasan, ( ada ke peribahasa ni? Hentam ajerlah) nanti saya update pasal finding saya tentang hal ini yer.

Thursday, December 13, 2007

Hutang, debt, mistakes dan PTPTN

Semalam saya post tiga artikel dalam blog English saya. Salah satunya saya buat sebab untuk dapat bayaran. Mereka bagi tugasan dan saya kena siapkan artikel berkaitan perkara yang mereka suruh. ( itu yang ada perkara yang tak berkaitan dalam blog saya)Atas sebab-sebab tertentu, mereka taklah bayar saya dengan banyak pun, tapi sekarang kan tengah tanam anggur, jadi terimalah. Kadang-kadang selalu fikir, berbaloi ke apa yang aku buat ni?

Tapi selagi tak cuba tak tahu kan? Dan untuk first task saya, kena reject, jadi kenalah buat semula. Dah hantar dan betulkan apa yang mereka suruh, harap kali kedua menjadilah.

Salah satu sebab yang menyebabkan saya blogging adalah duit, tapi rupanya bukan mudah. Saya tak tahulah bagi orang lain, tapi bagi saya, bukan mudah. Seperti mana orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tapi bagi saya amat susah,.

Tapi taklah bermakna saya berputus asa, tapi cuba take one step at a time. Tak apa lambat, asal buat. Sebut pasal duit, saya amat berminat pasal hutang. Sebabnya dalam keadaan saya yang tanam anggur dan tak pasti akan lepas KPLI, dan ada hutang PTPTN yang patutnya dah bayar, tapi tak bayar lagi, dan pastinya masa hadapan akan berhutang lagi, ( nak beli kereta, rumah dan saya cadang nak buka kafe , seperti kafe kek, tapi hidang makanan berat, ala-ala barat gitu) jadi saya nak cari selok belok pasal hutang, pasal faedah.

Tapi maslahnya saya tak suka akaun sebab masa form 4 dan form 5, saya ambil prinisip akaun tapi bila buat akaun tak pernah imbang. Tapi math saya tak teruk walau saya amik politik kat Uni dulu. Saya dapat A1 untuk my math. Jadi jauhkan malas, saya akan cari dan selidiki bagaimana saya boleh mengurangkan hutang PTPTN saya dan cara bagaimana nak kurangkan faedah dan bagaimana nak achieve financial independence. Dengarnya macam cita-cita besarkan?

Satu yang saya kesalkan adalah masa belajar dahulu saya agak boros, kebanyakan wang saya habis untuk balik johor, ( belajar di kl) dan hampir setiap bulan mesti balik. Tapi setelah habis belajar, saya masih ada simpanan yang jangkanya digunakan untuk cari kerja dan memulakan hidup baru setelah habis belajar. Tapi saya tak sangkalah pula, dah habis semua duit tu, kerja pun tak dapat, maka terpaksalah minta bantuan abah.

Untuk hari ini saya letak quote saya rasa sesuai untuk hari ni. Kebanyakan tentang aims, mistakes and difficulties.


“Smooth seas do not make skilful sailors.” African Proverb

“We will either find a way, or make one!” Hannibal

“In order to discover new lands, one must be willing to lose sight of the shore for a very long time.” Anonymous

“He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life.”
Muhammad Ali

“If you can't make a mistake, you can't make anything.” Marva Collins

“So go ahead and make mistakes. Make all you can. Because that's where you will find success. On the far side of failure.” Thomas J. Watson, Sr.
my favourite)

“He who hesitates is lost.” Proverb

Monday, December 10, 2007

Get To Paid Program

Get Paid To programs are programs that will pay you for you to participate in surveys,

See an advertisements, writings, reviews complete free offers, try new products, click on advertisements, read your email or other kinds of programs that I am not aware of.

I have participate in a few of them and I will list out the programs that I participate with. I also have the list at the left side of my blog.

It won’t hurt you to participate, like see an advertisements for 30 seconds. Usually I do not see it, I just open it in other tab and when it said done, I just close the tab. Kind not good ( I know), but……. ( speechless). But it do not pay you high to see one advertisement, but hey, if you add up all it will worth it. J

My GPT

Cashcrate



supersavvy



http://www.xsvcash.com/






adverbux.com (pay per view ad)

Walau apapun jangan mengalah

Daripada minggu lepas, saya rasa tak sedap badan, rasa down, letih dan a little depress ( who would not be if you are unemploy again) mugkin disebabkan beberapa perkara. Antaranya, takut belajar bawa kereta ( takut gagal test bawa kereta sebab tak suka bawa, tapi abah suruh belajar gak. Tapi rasanya lebih takut dengan JPJ, sebab kalau gagal, kena bayar lagi. Dahlah abah bayarkan. Malunya. Terima kasih abah.

Dua, takut tak dapat kpli. Result KPLI akan kuar 19 Disember ni, kalau gagal, habislah saya. Emak dan abah amat mengharap. Saya pun amat mengharap.

http://www.bpg.edidik.edu.my/

Tiga, dalam bulan ni, saya dapat jemputan perkahwinan dan khabar kawan saya kawin, lebih daripada lima orang. Alamak, dah tua aku ni, tapi masih tak ada pasangan lagi. Nak buat macam mana ni yer?

Keempat, saya selama tak bekerja ni, banyak gak kali online.. Habis duit sebab online. Sebabnya rumah abah guna home prepaid dan saya pun guna tmnet prepaid gak. Kalau duit dah tak ada kat phone, pandai-pandailah top up kan, tak kan minta abah top upkan. Nak masuk streamyx, tak berbaloilah pula, sebab saya sorang jer kat rumah ni yang guna internet, mak dan abah? Pegang computer pun tak pernah. Adik beradik yang lain semua dah kawin, tinggal saya sorang. Berkemungkinan saya akan keluar dan streamyx pula kena kontrak setahun. Jadi last resort guna lah tmnet prepaid. Yang mahal adalah line phone, line internet taklah semahal line phone. Apa nak buat, sekarang ni, harga semua naik.

Oh yer, saya banyak online sebab nak belajar cara lain cari duit, maksudnya dari internet.

Sepanjang lebih tiga minggu kat rumah, saya belajar cara nak cari duit online. Ingatkan mudah, tapi susah. Tapi at least saya tak membuang masa kosong begitu sahaja. Memang boleh cari duit dengan internet, tapi ada caranya. Rasanya saya belum lagi boleh bagi komitmen sampai macam tu, tapi saya hampir putus asa , sebab rupanya susah nak buat duit online ni. Tapi saya jumpa poem ni, saya amik dari sini. Tapi banyak dah tips berguna saya dapat, terutama dari Irfan Khairi, Amirul Faisyal dan ramai lagi.

saya baca satu poem di sini dan saya amat tertarik dengan kata-katanya.

Whatever it is don’t quit

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you’re trudging seems all uphill,
When funds are low and the debts are high,
And you want to smile but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest if you must, but don’t you quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won if he’d stuck it out.
Don’t give up, though the pace seems slow -
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than
It seems to a faint and faltering man;
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor’s cup,
And he learned too late, when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out -
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are -
It may be near when it seems afar;
So stick to the fight when you’re hardest hit -
It’s when things seem worst that you mustn’t quit.

Bob Proctor

And this a quote I like

We learn wisdom from failure much more than from success; we often discover what will do, by finding out what will not do; and probably he who never make a mistake never made a discovery. Samuel Smiles

Banyak ilmu saya dapat, dan rasanya banyak buku saya baca. Sekurang-kurangnya, taklah masa saya terbuang begitu sahaa, ada juga ilmu saya perolehi. Yang penting, usaha tak boleh seperti melepaskan batuk di tepi tangga, kena berusaha, tabah dan konsisten, kan? TA fighting.

Menyindir , mempulaukan perlu ke?

tajuknya mungkin tak berapa betul, tapi ada sebab saya bagi tajuk tu.

Anas bin Malik r.a berkata: “ bahawa seseorang akan sampai ke tingkat yang tertinggi dalam Syurga disebabkan kebagusan akhlaknya walaupun dia sedikit ibadatnya. Sebaliknya seseorang itu akan terhumban ke tingkat paling rendah dalam Neraka Jahanam disebabkan keburukan akhlaknya, walaupun dia seorang yang banyak ibadahnya,”

Saya pernah terbaca hadith ( kalau tak salah hadith), katanya. Yang membezakan manusia di sisi Allah adalah taqwa. (maaf saya tak ingat complete sentence)

Tapi hanya Allah tahu tinggi rendahnya taqwa seseorang itu.

Siapalah kita hendak menilai orang lain.

Bagi saya first impression will not tell who that person is. Jadi amat penting untuk kita tak judge people based on their appearance and also based on ther first impression.

Saya bercerita hal ini kerana, seseorang yang saya percayai, melukai hati saya, mak dan abah saya.

Saya tak tahu apa yang saya buat ( lebih tepat apa yang saya tak buat) menyakiti hati mereka. Bayangkan tinggal di sebuah rumah bersama dengan orang yang anda percayai, tapi dipulaukan dan disindir.

Saya amat tak menyokong tindakan seseorang menegur orang lain dengan tindakan menyindir. Bagi saya tindakan itu adalah tindakan orang penakut. Mulanya saya tak perasan pun apa yang dikatakan itu sindiran buat saya, tapi lama-kelaman sebab terlalu obvious sangat, baru saya faham.

Tapi luka telah pun ada, bukan pada saya seorang, tapi pada mak dan abah juga. Luka boleh sembuh, tapi parut yang ditinggalkan akan mengambil masa bertahun untuk hilang.

Bagi saya, kalau ada pun yang tak puas hati, sakit hati, TANYALAH. Bercakaplah. Cakap dengan cara baik. Bukan dengan cara mempulaukan, menyindir dan silent war. Percayalah luka yang dibuat begini lagi lama nak sembuh daripada luka kerana bercakap berterus terang.

Monday, December 3, 2007

The Science of Getting Rich Online

I began to develop an interest to earn through internet after I fail to get a proper job based on my degree. It really has been a tough and painful journey for me. And the first job I get as a substitute teacher was I got from the pity of other person but I grateful for that. Then I land a job at a call centre for three months before my contract end and today after almost three works of out of job, I know I really need to find other means to find money. With not much money at hand and a lot of money to use, I began to do a research how to earn through internet.

At first I was really into it and has end up buying stuff that I regret at the end. But through my endeavors to find information on how to earn in internet, I get through the ebook that accidentally I came across and began to be a member since and have even read the ebook that was given. But at first I wasn’t really interest because it is a very long e-book around 50 pages because I want to find the way, the easy way but soon I find out, dear, no easy way to earn in internet before you gain good knowledge about what you want to do and how you want to get profit from it. I regret that I do not read this ebook when I first come across to it and only download the e-book for the sake of having it only. The manual or the e-book is

The science of Getting Rich was written by Gauher Chaudhry.

In this manual / e-book Mr. Chaudhry share his experiences on internet marketing for almost a decade and the problems that we encounter that almost of us forget.

The Science of Getting Rich online by Gauher Chaudry is about Traffic Generation

Making money on the Internet can be easy if you understand Traffic monetization. The person with the most traffic wins almost every time. (Quote for the book)

You need to understand the rule on how to monetize on the internet. Rule no 1 ( usually the no 1 is the most basic rule and when the no. 1 rule is fully understandable, there isn’t be much problems for you to get through the next rule.

Rule #1: Understand How to Create Traffic Before You Can Monetize it

You need to always remember that the foundation of internet is traffic, traffic and more traffic.

(Quote from the manual)

So what is the scientific formula to online success?

Traffic + Conversions = Profits

It is quite simple actually.

Don’t stress too much about making a ton of money off the start. First create the traffic

sources that you can control and then you can work on making money from that traffic.

I am not guru to tell you all about this, but you can get this manual by downloading this e-book in here.

Gauher Chaudry also covers on how you can build a traffic, but it requires a hard work and if you want to know more, then click me.