Nuffnang

Saturday, January 12, 2008

Malu punca warga tempatan tidak suka kerja am


Diambil dari Utusan Malaysia Khamis 10 Januari

Sepang 9 Jan – Kerja Berat dan malu jika terserempak dengan saudara mara adalah antara alasan yang menyebabkan warga tempatan kurang menggemari kerja-kerja am di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pegawai sebuah syarikat penyumberan luar di KLIA, Mohd Zaki Mohammed Salleh berkata, berdasarkan pengalamannya, selain memberi pelbagai alasan, pekerja tempatan juga hanya mampu bertahan selama dua bulan sebelum menghilangkan diri.

Pelbagai alasan diberikan. Ada yang menganggap kerja menolak troli ini sebagai terlalu berat dan ada juga yang berasa malu apabila terserempak dengan saudara mara atau kawan di lapangan terbang.” Katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun syarikatnya menjelajah ke seluruh negara termasuk ke Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan khidmat pekerja tempatan, tetapi rata-rata rakyat tempatan akan meletak jawatan dalam tempoh dua bulan selepas memulakan kerja.

Perkara ini memang selalu berlaku, walaupun kami menawarkan gaji lebih tinggi (kepada kerja tempatan) berbanding pekerja asing, tetapi mereka masih akan lari.

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat terpaksa mendapatkan pekerja asing dari luar negara dan melatih mereka untuk bertutur dalam bahasa Malaysia dan Inggeris sebelum ditempatkan di sini (KLIA), ujarnya.

Tambahnya, syarikatnya bagaimanapun akur dengan segala keputusan kerajaan walaupun agak keberatan untuk menggantikan sesetengah pekerja asing yang menunjukkan prestasi yang baik.

Beliau berkata, syarikatnya memerlukan sekurang-kurangnya tempoh sebulan untuk untuk menggantikan khidmat tenaga kerja asing dengan warga tempatan.

Dalam pada tinjauan Utusan Malaysia di KLIA hari ini mendapati pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan India menguasi pekerjaan pekerjaan di beberapa bahagian di KLIA termasuk mencuci lantai dan tandas, mengangkat bagasi dan menolak troli.

Walaupun pekerja-pekerja asing di KLIA telah diberi latihan untuk bertutur dalam dwibahasa, tetapi rata-rata mereka belum menguasai dengan baik bahasa Malaysia atau Inggeris.

seorang pekerja asing di KLIA, Cham Bahadur, 40, dari Nepal mengakui dirinya menghadapi amsalah berkomunikasi dengan orang ramai di lapangan terbang itu kerana belum menguasai bahasa Malaysia dan Inggeris sepenuhnya.

“sikit-sikit memnag boleh, tak ada masalah. Kalau terlalu susah dan saya tidak faham, saya akan minta pertolongan daripada bos saya,” katanya.

Seorang pekerja dari India, senthil, 27, pula berkata, dia lebih selesa untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana pelangannya kerana kurang fasih dalam bahasa Malaysia. Lain pula dengan Rabiul Islam, 27, dari Bangladesh yang mendakwa dirinya mampu bertutur fasih dalam bahasa Melayu selepas bekerja selama setahun sebagai tukang cuci di KLIA.

“sambil kerja saya belajar dan kini boleh memahami bahasa Melayu, Cuma bahasa Inggeris saya tidak berapa baik dan tengah belajar,”ujarnya.


Saya: teringat berorak dengan kawan dari Negara China, dia kata bahasa Melayu mudah, tapi rasanya dah lebih lima tahun dia di sini, tapi masih tak boleh cakap bahasa melayu gak.

Komen saya? Sebagai bekas penganggur, betul, kerja-kerja am memang malu. Yelah takkan ada ijazah nak kerja cuci toilet? Tapi bila fikir balik, sebenarnya,nak seribu daya, tak nak seribu dalih. , sambil kerja am boleh cari kerja lain. Jangan memilih yang penting jangan biarkan diri tak buat apa-apa. Lagi teruk kesannya nanti. Lagi pun kena fikir, keadaan sekarang dan masa hadapan. Yelah banyak duit nak guna., daripada tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya, dapat tambah pengalaman dan ada income masuk.

Pengalaman saya. Saya pernah dapat kerja suruh cari derma. Jangan tak percaya, walau kerja cari derma, masa saya temuduga kena speaking. Dan saya dapat kerja itu. Tapi orang terdekat saya cakap jangan terima. Dan saya ikut kata-kata mereka.

Setahun kemudian, saya masih mencari kerja. Tetiba saya berborak dengan seorang perempuan, yang menguruskan masalah dalam perniaagaanya. Apa yang mengejutkan saya adalah perempuan itu mula bekerja daripada pekerjaan yang saya tolak. Dia dari agensi yang sama. Tapi dia bukan cari derma, tapi menjual talian komunikasi. Dari perempuan itu, katanya, selama setahun dia bekerja mencari pelnaggan, tapi setelah setahun, dari agensi yang sama, dia telah dapat menubuhkan perniaagan yang sama. Hanya setahun bersusah payah, dan sekarang dia mempunyai perniaagannya sendiri.

Masalah utama saya menolak pekerjaan itu adalah malu dan kurang yakin. Oh yer, walaupun kerjanya meminta derma, tapi untuk agensi besar, seperti badan kanser Malaysia dan AIDS Malaysia. Ia ada cara dan setiap pekerja diajar cara berkomunikasi dengan pelanggan dan cara untuk jadi kental apabila dimarah dan direject oleh pelanggan.

Agaknya, kalau saya terima kerja itu, saya dah ada perniagaan itu. Tak guna menyesal.

Saya belajar daripada pengalaman, jangan pandang sesuatu perkara daripada satu sudut sahaja. Kena pandang dari pelbagai sudut. Mungkin dalam kerja cuci tandas, ia akan menambahkan skill anda dalam bersabar (sabar adalah skill yang dipelajar melalui pengalaman, percayalah, sabar itu amat susah melainkan setelah dituai dalam diri anda melalui pengalaman ), skill berkomunikasi, yelah, macam mana nak cakap dengan customer yang marah—marah sebab tak boleh masuk tandas kerana tandas tengah dicuci, dan bercakap dengan orang atasan. Tengok pelbagai kerenah orang atasan, dan bestnya dapat bergaul dengan pelbagai orang. Semakin banyak perkenalan, semakin luas pandangan dan pengalaman. Apa-pun yang penting jangan duduk tak buat apa-apa.

Thursday, January 10, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429.

Saya memulakan tahun baru dengan keadaan yang sibuk untuk membuat persiapan memulakan KPLI. KPLI akan mula mendaftar pada 14 Januari ni. Banyak sungguh perkara perlu dibuat dan banyak juga duit diperlukan.

Tanggal hari Khamis 10 Januari lalu kita menyambut tahun baru lagi, tapi menurut calendar Islam iaitu 1 Muharam 1429. Selamat Tahun Baru Semua. Bagi umat Islam, 1 Muharam adalah calendar penting dalam sejarah Islam.

Kepentingan Hari Maal Hijrah ini ialah ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 masihi.


Kemudian, konsep Hijrah ini diguna pakai oleh ramai pihak, walaupun bukan dari segi hijrah perpindahan ke tempat lain seperti Nabi Muhammad (s.a.w), tapi dari segi hijrah sikap. Sesengguhnya musuh utama bagi setiap manusia adalah diri mereka sendiri. Hendaknya hijrah dapat dipraktikkan dalam diri, dalam sikap. Hijrah sikap daripada buruk kepada baik dan daripada baik kepada lebih baik.

Sempena tahun baru Hijrah 1429 ini, kita harus berusaha melawan hawa nafsu yang cenderung mengajak manusia ke arah melakukan perkara-perkara kejahatan dan penyeleweng daripada lunas-lunas syariat. Kita tanamkan azam baru untuk mengamalkan secara bersungguh-sungguh perintah Allah seperti yang ditunjukkan oleh baginda supaya amalan agama subur dalam diri umat Islam.

Hijrah daripada sifat jahil kepada sifat kecerdikan dan kepandaian. Ini semua merupakan maksud dan tuntutan hijrah dalam Islam. Maka hijrah dari satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah. (Riwayat Muslim).

Diambil daripada sini

( dua perenggan terakhir)

Saya juga berharap perkara yang sama. Saya ingin berhijrah, agar lebih mencapai kegemilangan dalam hidup ini, dari segi rohani mental dan fizikal. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Saya rasa saya dah memulakan tahun baru dengan baik, lepas ujian memandu pada 1 januari lepas, akan memulakan pengajian untuk menjadi guru dan harapnya selepas ini akan lebih banyak peluang yang baik datang. Saya juga harapkan perkara yang sama pada semua. Fighting.

p/s : apabila kita mengharap kepada perkara baik, maka perkara baiklah yang datang dan begitu juga sebaliknya. Kena selalu berfikir perkara yang baik dan jangan lupa kena sentiasa bermohon pada Allah, kerana dialah penentu segalanya. J

Tuesday, January 8, 2008

Status Caj PTPTN

Saya adalah salah seorang peminjam PTPTN. Salah satu resolusi tahun baru saya adalah untuk mempercepatkan membayar hutang saya. Sebab susah hidup dengan berhutang ini. Jadi, saya nak tahu juga cara untuk cepat melangsaikan hutang. Tapi setelah membaca artikel di bawah ini, saya jadi risau. Saya tak letak artike penuhnya. Saya Cuma letak perkara penting bagi peminjam PTPTN seperti saya perlu tahu.

Dipetik daripada Harian Metro, 30 Disember 2007.
Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Kita semua mengetahui dengan jelas bahwa PTPTN mengunakan akad pinajamn kepada pelajar. Ia sangat jelas termaktub di dalam laman web PTPTN. ( http://www.PTPTN.gov.my/web/guest/anjung)

Keputusan persidangan ulama antarbangsa di bawah Badan Kewangan & Perakaunan Islam Antarbangsa (AAOIFI) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan daripada jumlah yang diberi pinjam yang telah dipersetujui atau diisyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman dibuat diawal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayarn balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manafaat dalah dilarang sama sekali dan ia adalah RIBA (http://www.aaoifi.com)

Bagaimanapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan Hasil Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR.

Majlis Penasihat Syariah Dunia di AAOIFI menyebut “it is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given),” (tidak dibenarkan untuk mengaitkan caj kepada jumlah yang diberikan,” (Shariah standard, no 10/3/2/, hlm 338).

Ini kerana persatuan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman ynag diberi.

Resolusi mereka juga menyebut adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih daripada kos sebenar, justeru ulama di persidanagn tadi mewasiatkan supaya cara untuk mengira dibuat tepat dan sebaiknya.

Selain itu keputusan mereka juga menyebut kos tidak langsung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman.

Malangnya, cara caj perkhidamatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oelh majlis ulama dunia ini.

Selain itu fakta terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia adalah sama saja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad dan kontrak pinjaman,

CARA KIRAAN

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 3 peratus daripada jumlah pinjaman berbaki setiap bulan dengan hujah ia adalah kos pengurusan yang halal dan sebenar, sukar untuk diiktiraf oleh mereka yang benar-benar faham isu kewangan dan syariah.

Malah formula kiraan caj perkhidmatan ini juga bersifat ‘reducing balanace’ dan ‘monthly rest’. Formulanya kiraan caj perkhidmatan seperti berikut (http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_1_id=PUB.1.150)

Kos pentadbiran bulanan = 3 peratus × baki jumlah semasa × 1/12

Cara kiraan ini adalah hampir serupa dengan kiraan pinjaman riba dalam pinjaman perumahan di bank konvensional, bezanya ia lebih murah daripada kadar riba bank konvensional yang bersifat komersial itu.

Sebutan mudahnya, setiap bulan sejumlah riba akan diambil daripada peminjam berdasarkan baki ‘outstanding balance’ dalam bulan bekernaan.

Contohnya:

Jumlah Pinjaman Pelajaran : RM19,500 ( pinajaman aliran sastera di IPTA untuk tiga tahun ) p/s saya RM26,000 !!!! L

tempoh bayaran semula 120 bulan ( sebagaimana ditetapkan)

Caj perkhidmatan : 3 peratus = jumlah keseluruhan utnuk 120 bulan = RM3821.38

Saya:
Maksudnya, selagi mana peminjam tak mula membayar hutangnya, maka hutangnya akan bertambah . caj perkhidmatan + caj perkhidmatan …..
Apa nak buat ye?

Monday, January 7, 2008

0n1

Technorati Profile

Sunday, January 6, 2008

Anda suka bercakap / Berbual tapi elakkan

  1. Berbohong ketika bergurau atau dalam keadaan serius keran asemua itu tetap menjadi dosa
  2. Mengumpat, iaitu membicarakan seseorang menegnai perkara atau hal yang tidak disukai. Ini pastinya menyentuh soal maruah
  3. Menghasut iaitu mengadu domba dua orang yang saling berbaik sehingga menimbulkan permusuhan.
  4. Berbual-bual yang tidak berfaedah atau berbantah-bantah sehingga langsung tidak menimbulkan faedah.
  5. Memuji-muji secara berlebih-lebihan dengan niat untuk menyebut kelebihan atau kemuliaan supaya dipandang orang.
  6. Mengutuk, mencaci, memburuk-burukkan orang lain dengan niat yang diketahuinya akan menyebabkan mudarat atau musibah di segi moral kepada orang berkenaan.
  7. Terlalu berlebihan dalam soal bergurau atau mentertawakan orang kerana akhirnya orang lain akan hilang rasa hormat apda diri kita dan ada kemungkinan satu hari annti kita pula akan jadi bahan guruauan orang.
  8. Memandang hina atau memperolok-olokkan kekurangan dan aib orang lain sehingga boleh menjatuhkan air muka mereka
  9. usah memberi pujian atau memberi penghormatan seara berlebihan atau keterlaluan kerana pujian atau penghormatan itu sebenarnya mengandungi kepura-puraan atau sifat golongan orang munafik.
Saya pun suka bercakap. Dulu masa kecil orang panggil saya kepoh. Tapi bagi saya apa pun yang kita buat, pasti ada hadnya.

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata binasa.

lagi sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana. Jadi renung-renungkanlah ye. :)

Kata-Kata Hikmah

Entah kenapa, saya rasa lebih senang cari English Quote daripada bahasa Melayu Quote. Maksud saya kata-kata yang mempunyai maksud mendalam daripada ayat tersebut. Saya pula tak pandai mereka kata-kata sedap, biasanya ambil daripada buku sahaja. Tapi hari ini, saya letakkan kata-kata “sedap” yang berjaya saya kumpulkan untuk kegunaan kita bersama .

Tapi bila difikirkan balik, ini mungkin kerana bahasa melayu ada banyak peribahasa yang indah tapi banyak yang sudah dilupakan. Lagi pula, kebanyakan quote bahasa Inggeris kebanyakan dibuat oleh orang yang dah terkenal kerana kejayaan mereka. Lepas ini saya akan kumpulkan pula kata-kata perangsang dan kata-kata mendalam daripada orang kita. Mesti ada banyak yang boleh dijadikan iktibar.


“Kebijaksanaan adalah wap air, kemasyhuran adalah kebetulan, kekayaan boeh terbang. Hanya satu benda kekal, keperibadian”.

“Semua orang kaya sehingga ada seorang yang cuba menjadi lebih kaya”.

“Ucapan yang bagus mempunyai pembuka dan penutup yang baik, kedua-duanya mestilah diletakkan berhampiran”

“Keupayaan adalah sedikit keutamaan tanpa peluang”.

“Keupayaan adalah harta bagi orang miskin”

“Kita patut hidup dan belajar, tetapi pada saat kita sudah belajar, ia terlewat untuk hidup”.

“Ingat tiga perkara ini dalam hidup anda setiap hari : saya mahu… saya berhak…. Saya boleh….”

“Setiap makhluk dilahirkan sendirian dan mati pun sendirian”

“Di sebalik setiap pertelingkahan adalah ketidakpedulian seseorang”.

“Bencana ada dua jenis: malang bagi kita dan nasib baik bagi orang lain”.

“Sehelai rambut di kepala bernilai dua di berus”.

“Kehidupan hanya boleh difahami dengan melihat ke belakang, namun ia mesti hidup dengan memandang ke hadapan”.

“Jika anda tidak tahu arah tujuan anda, anda mungkin terlepas apabila sampai di sana”.

“Lebih baik kalah pada perdebatan dan memenangi kawan daripada kalah pada kawan dan menang perdebatan”.

“Kesabaran adalah peneylesaian terbaik untuk setiap masalah”.

“Manusia dungu mencari kegembiraan dalam kejatuhan. Yang pandai menananmnya dengan semangat yang betul”.

“Kerja adalah ibadah. Kerja adalh meditasi apabila dilakukan dnegan semangat yang betul”.

“Tanpa kekayaan hati, harta kekayaan adalah pengemis yang hodoh”.

“Begitu mudah menjadi gembira, begitu susah menjadi mudah”.

“Memori masa lalu dan harapan masa depan menyebabkan kesakitan, kebimbangan dan ketakutan”.

“Manusisa lalu mempunyai keyakinan manakala zaman moden hanya empunyai pendapat”.

“Kunci kejayaan ialah apabila dapat membezakan antara perkara berkaitan daripada yang tidak berkaitan”.

“Hidup seperti permainan chess, yang mempunyai pandangan ke hadapan akan menang”.

Friday, January 4, 2008

Selamat tahun Baru 2008

Hari ini 5 Januari, satya lambat mengucapkan selamat tahun baru. Maaf.

Bagaimana dengan permulaan tahun baru? Saya memulakan dengan amat baik, sebabnya saya lepas ujian memandu yang amat saya takut. Nasib baik JPJ yang test saya amat baik. Siap berborak rancak dalam kereta. Then bila kena bukit, parking dan tiga penjuru, hati saya tak sudah-sudah berdoa. Dahlah orang ketiga dan orang perempuan pertama. Bagi saya yang paling susah adalah tiga penjuru. Macam manalah saya nak parking kat tempat sesak nanti. Pelikkan. Ramai masalah pada bukit dan parking. Saya parking pun ikut aturan jelah, tapi bawa kereta betul nanti, entah macam mana. Abah saya pula masih tak percaya saya boleh bawa kereta walau dah lepas test. Tak apalah, saya kumpul duit dan beli kereta terus.

Saya ada banyak azam pada tahun ini. Antaranya, saya nak jadi lebih produktif. Yelah, setahun lebih duduk rumah, dan sekarang hampir dua bulan di rumah. Tapi dua bulan di rumah, saya taklah tak buat apa-apa, banyak juga saya dapat pelajari, walau tiada income. Saya dapat lesen dalam masa sebulan lebih, dan belajar pasal online income. Walaupun agak banyak halangannya, tapi apa pun jangan mengalah, kan? Mas fighting.