Nuffnang

Thursday, April 30, 2009

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH—RENUNGILAH—KEMUDIAN AMALKANLAH

Wednesday, April 29, 2009

Amalan Untuk Sepanjang Tahun

• Sembahyang Fardhu Berjemaah - utamanya dimasjid/surau

• Mendirikan sembahyang sunat yang tertentu khususnya
sunat tahajjud dan witir di waktu

malam, juga sunat dhuha, awwabin, tasbih, rawatib
dan lain-lain


• Membaca Al-Qur'an dan berusaha memahami bacaannya

• Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah, kelas ugama dan
sebagainya


• Puasa sunat pada hari-hari isnin dan khamis

• Membaca segala wirid/doa harian yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w.


• Memperbanyak dan membiasakan bersedekah

• Mengerjakan umrah jika mampu, terutama di bulan
Ramadhan


• Memelihara mulut, mata, telinga dan anggota-anggota
lain dari perbuatan maksiat dan keji


• Menziarahi saudara/sahabat yang sakit

• Mengingati mati, menyembahyangkan mayat dan
menghantarnya ke kubur


• Menziarahi sahabat handai, saudara-mara, orang-orang
alim dan tuan-tuan guru

WASIAT IMAM SYAFI’E (bahagian 1)

Antara pesanan dan juga kata-kata yang akan menjadi pedoman kepada kita melalui petikan beberapa pesanan dan peringatan daripada imam muktabar iaitu imam As-Syafi’e rahimahullah

1. Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya ilmu apa yang hanya dihafaz semata-mata


2. Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

3. Imam Syafi’e telah ditanya tentang tabiatnya yang suka menggunakan
tongkat sedangkan beliau bukanlah telah uzur, maka beliau menjawab : Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah.

4. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam
percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

5. Keredhaan manusia sukar untuk engkau capai dan bukanlah bermakna selamat daripada lidah manusia sudah boleh dianggap sudah mencapai jalan kepada mendapat keredhaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demekian.

6. Sesiapa yang merasa marah tetapi dia tidak meluahkannya maka dia
seumpama keldai dan sesiapa yang merasa redha terhadap sesuatu tetapi dia tidak dapat menerimanya maka dia seperti syaitan yang mana redha dengan ketuhanan Allah tetapi tidak mahu tunduk pada perintahNya

7. Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir

8. Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh
pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya

9. Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

10. Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang maka dia
telah menyakiti dan mengkhianatinya.

Masa itu emas

Masa itu emas. Wang boleh dicari, tapi masa yang sudah hilang tidak boleh diganti lagi. Contoh, usia muda kita tidak akan kembali lagi. Jadi hargailah masa.

JIKA ANDA KEHILANGAN HARTA ,
ANDA BOLEH BERUSAHA
MENDAPATKANNYA
KEMBALI.
JIKA ANDA KEHILANGAN MASA ,ANDA HILANG SEGALA-GALANYA.

Saturday, April 25, 2009

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

Sebabnya jangan lupa bahawa apa yang kita buat, kita akan tetap dapat balasannya. Kalau kita ikhlas, maka baiklah ganjarannya, tapi kalau sebaliknya, lain pula ganjarannya.

Jujurlah pada diri sendiri, sebab walau orang lain tak tahu apa kita buat, tapi kita tahu apa yang kita buat itu, baik atau buruk. Memang kesannya kita tak terima on the spot, tapi kita akan terima juga pada akhirnya.

Contoh, pernah menyesal tak sebab tak belajar bersungguh-sungguh? Saya ye. Saya pernah menyesal teramat sangat, tetapi saya sedar saya tealh diberi peluang untuk menebus balik kesilapan itu. Bagaimana pula dengan keputusan salah yang saya buat? Banyak. Tetapi setiap satu itu mengajar sesuatu pengalaman yang berharga.

Saya menyedari kepentingan berkat dalam hidup ini, jadi saya sedaya upaya jujur dengan diri sendiri dan dalam masa sama cuba mengawal tingkah laku yang baik sebabnya sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Sunday, April 19, 2009

Hargailah apa yang orang dah buat pada kita, walau sekecil zarah

Tetapi susahkan, bak kata orang orang semut seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Wah, macam tak kena je peribahasa ni.

Maksud saya, begini. Ini adalah situasinya.

“katakana Aminah berjasa dengan Badariah, tetiba Aminah berkawan dengan Comel, tetapi Badariah tidak suka Comel, jadi Badariah pun bermush dengan Aminah, walhal Aminah tidak buat apa-apa pun, Cuma bberkawan dengan Comel, walhal, Aminah dah bannyak berjasa pada Badariah. Macam kacang lupakan kulit. Bukan setakat lupa, tetapi jadi musuh pula.

Angah ada kata pada saya, hal seperti ini dah biasa berlaku. Ttettapi kenapa berlaku begini, lupkah Badariah pada jasa Aminah yang telah banyak membantu. Lainlah Aminah yang lupakan Badariah dan terus kawan dengan Comel, mungkin lain ceritanya, tapi Aminah masih baik dengan Badariah walau Badarriah terus menerus menyakitkan hati si Comel.

Untuk menghadapi perkara ini, amat susah dan menyakitkan hati. Kenapa harus membenci? Bukankkah kita semua sudah belajar, cemburu, dengki mendengki adalah permainan syaitan, tetapi belajar hanya teori, tetapi untuk praktis amatlah susah.

Begitu juga dengan sabar, sabar bukan mudah. Perlukan kekuatan dan ketabahan. Jadi cara yang saya praktikkan untuk hadapi keadaan yang memerlukan kesabaran adalah melakukan perkara lain yang tidak berkaitan dengan perkara yang menyebabkan saya memikirkan amsalah itu, contohnya menumpukan perhatian untuk cari duit, untuk tambah duit menggunakan internet. Bukan mudah dan memerlukan kerja kuat, tetapi tidak bermakna ia mustahil. Ye, saya mahu menambah pendapatan saya, Cuma sekarang saya tengah belajar untuk tidak mempedulikan tanggapan orang pada saya.

Susah dan amat mencabar sekali. Kadang-kadang saya rasa mahu lari daripada perasaan kecewa ini, tetapi tidak tahu bagaimana.

Jadi, my last resort : berdoa dan terus berdoa.

BILA DOA MUDAH & CEPAT DIKABULKAN?

Sesuatu yang saya nak kongsi bersama

saya dapat artiket ini dari kawan, satu maktab. Terima kasih kak Pati :)

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia adalah pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subahanahu Wataala.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Kelebihan atau fadhilat doa itu pula amat besar dan banyak sekali. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa hambaNya, tiadak ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa itu.

Persoalan yang timbul sekarang ini ialah bilakah waktunya doa mudah dan cepat dikabulkan?

Apabila seorang hamba berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doanya dan tidak akan membiarkan doanya itu kosong sahaja. Tetapi perlu diingat bahawa untuk mendapat doa yang dimakbulkan, adab-adab atau peraturan berdoa mestilah dipelihara oleh setiap orang yang berdoa.

Di antara tuntutan dan etika berdoa itu ialah:

  • Memelihara sumber rezeki seperti makan, minum dan pakaian daripada sumber yang haram.
  • Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji nama Allah serta berselawat kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
  • Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal salih.
  • Berdoa dengan mengadap qiblat dan mengangkat dua tangan sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
  • Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.
  • Berdoa dengan disertai keredhaan hati, khusyuk jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring dan diiringi dengan perasaan takut terhadap azab Allah dan penuh harapan dengan limpah kurniaNya.
  • Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya.
  • Berterusan berdoa dan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa dengan menganggap doa tidak dikabulkan.
  • Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat atau ketika doa mudah dan cepat dikabulkan. Diantaranya:

    i. Di satu pertiga akhir waktu malam dan selepas menunaikan sembahyang fardhu.

    ii. Ketika Lailatulqadar.

    iii. Hari Arafah.

    iv. Di bulan Ramadhan.

    v. Hari dan malam Jummat.

    vi. Di antara azan dan iqamah.

    vii. Ketika berhadapan dengan musuh di dalam peperangan.

    viii. Ketika sujud di dalam sembahyang.

    xi. Ketika mendengar kokokan ayam.

    x. Ketika waktu hujan.

    xi. Ketika meminum air Zam-Zam.

    xii.Ketika membaca al-Qur’an terutama apabila khatam.

    xiii Di tempat-tempat yang mulia kerana keberkatan dan kemuliaannya yang dikurniakan oleh Allah seperti di Masjid Al-Haram, masjid An-Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.

Begitulah etika dan waktu doa mudah dimakbulkan. Berdoa menunjukkan ingatan kepada Allah yang Maha Berkuasa. Mengingat Allah hendaklah dilakukan pada setiap masa, sama ada di waktu senang mahupun susah. Begitulah juga dengan amalan berdoa, hendaklah dilakukan setiap masa, lebih-lebih lagi di waktu senang dan susah doa akan mudah diperkenankan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu

Maksudnya : "Sesiapa yang suka supaya dikabulkan doanya oleh Allah di waktu kesulitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa di waktu sengan".

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

........................................

Thursday, April 16, 2009

Hidup ini terlalu berharga untuk dihabiskan dengan.........

berdendam, kata-mengata, tikam belakang.

saya pernah baca, dalam buku 'don't be sad' antara petikan dalam buku itu

bersyukurlah walau anda hanya ada roti untuk dimakan.

Apa kena mengena petikan ini dengan berdendam, tikam menikam?

Kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada, kita takkan rasa untuk menjatuhkan orang lain, memburukkan orang lain dan membuat lawak tentang orang itu, di depan atau di belakang orang itu, maksud saya dalam tujuan menyindir dan menyakitkan hato orang itu.

Tetapi, bagaimana kalau kita hadapi saat yang amat sukar, menghadapi orang seperti ini, apa yang perlu dibuat? Lari bukanlah pilihan, bergaduh pun tidak (apalagi untuk orang seperti saya), nampaknya tiada cara lain, berdoa, dan teruskan berdoa. Jangan mengalah pada keadaan dan teruskan berjalan walau perit.

Walau apapun berlaku, jangan berhentti senyum

Ingat tak lagu senyum? Dahulu saya tak berapa minat lagu tu, tapi kini saya suka akan lagu tu dan mula mengerti maksud lagu tu.

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...


Tapi dalam hal saya, saya akan senyum, walau dalam hati, saya akan terus senyum walau hati saya rasa luka dan pedih. Saya senyum bukan sebab nak ambil hati orang lain, tetapi untuk diri saya sendiri.

Bila saya senyum, saya yakinkan diri yang saya dapat melalui apa jua keadaan yang menyakitkan hati dan payah, walau sebenarnya ketika itu saya boleh rebah. Tetapi hidup ini terlalu berharga untuk dibazirkan dengan bermasam dan berdendam.

Saya percaya pada kata-kata, 'apa yang kita buat pada orang, akan datang balik pada kita', tak kisahlah perkara baik atau buruk.

dalam keadaan ini, doalah jadi peneman setia dan jangan asyik fikir perkara buruk tu, sebaliknya fikirkanlah perkara yang menyenangkan hati sahaja.


Friday, April 10, 2009

Walau apa pun, teruskan, jangan berhenti

Kadang-kadang rasa tertekan apabila apa yang kita mahu, tidak pernahnya dapat, ataupun dapat, tidak seperti yang kita mahu. Lagi menambah kekusutan dalam hati dan perasaan apabila masalah lain timbul, peritnya hati.

Fikiran menjadi terganggu, dan hati menjadi tertekan. Buat apa pun rasa tak kena. Semangat menjadi hilang. Nak buat kerja pun sudah tiada semangat. Sebab itu saya rasa hairan dengan mereka yang boleh berjaya dalam keadaan susah. Bagaimana mereka buat ye?

Saya tahu, kita perlu tabah, sabar dan redha dengan ketentuannya. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Saya tahu pasal itu.

tapi untuk melalui saat - saat kesusahan itu sungguh perit dan susah. Mood jadi tidak baik, hati jadi tidak tenteram dan fikiran pun terganggua. Jadi apakah yang perlu saya lakukan?

Kadang-kadang kerana masalah diri, orang lain yang menjadi mangsa. Kemarahan pada diri sendiri dilepaskan kepada orang lain. Kalau bertemu dengan kawan yang memahi tidak mengapa, tetapi bagaimana pula jika kawan tidak memahami?

Manusia, saya akan sentiasa melakukan kesalahan. Manusia belajar dari kesalahan yang dibuat, dari kepayahan yang dihadapi agar diri menjadi lebih kuat, tabah dan sabar dalam mengahrungi cabaran yang lebih getir pada masa hadapan.

Walau apapun, jangan menglaah pada keadaan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, belajar kawal emosi dan jangan lupa untuk memohon pertolongan dariNya, kerana Dia jugalah Maha mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Saturday, April 4, 2009

Susahnya nak jadi baik

Susahkan nak jadi baik. Baik itu lahir dari diri atau dibentuk? (nature vs nurtured)

Semua manusia dilahirkan baik, tapi disebabkan banyak sebablah baik bertukar jadi tidak baik. Baik itu mudah, tetapi kadang-kadang ia menjadi mustahil untuk baik.

bayangkan untuk jadi baik, kita perlu banyak berkorban, makan hati dan kadang-kadang membenci diri sendiri. Sebabnya nak jaga hati orang lain, tak nak cipta persengketaan, betul kan?

Pernah tak seseorang itu menipu kamu, menyebabkan kamu pelbagai masalah, tetapi kamu tidak membalasnya? sebaliknya kamu masih baik dengan orang itu. Kan bagus manusia itu seorang yang mudah lupa. Bagaimana kalau kita dah percaya balik pada orang itu, tetapi orang itu buat lagi perkara yang sama? Takkan nak putus hubungan. BBagaimana ye nak buat seolah-olah perkara itu tidak berlaku lagi? Rumitnya.