Nuffnang

Monday, July 27, 2009

Kisah abah saya

Masa saya kecil, abah selalu pastikan saya ada jam tangan. Kalau jam tangan saya rosak, abah cepat-cepat beli baru. Saya tak tahu kenapa, tapi sebentar tadi saya baru faham kenapa.

Abah seorang yang amat mementingkan masa. Kalau abah kata nak bertolak pukul 8, maka 7.30 abah dah siap. Abah juga seorang yang amat menepati janji. Abah akan kotakan segala janji abah.

Kadang-kadang sikap abah terhadap masa amat pelik, sebab tak nak terlambat, abah sanggup tunggu berjam untuk ambil anaknya yang pulang. Walhal, abah dah tahu berapa lama masa nak pegi ke destinasi dan tahu masa akan sampai. Ya Allah, selama ni aku tak sedar aku ada abah yang amat bagus.

Abah pendiam, dan selalunya perkara yang saya selalu ingat adalah hal abah marah saya. Saya lupa jasa abah pada saya, lupa pengorbanan abah.

Abah, Mas sayang abah. Selamat Hari lahir Abah. Abah kena sihat selalu tau, jangan sakit. Terima kasih abah.