Nuffnang

Monday, November 16, 2009

Laman Web Kegemaran Saya

Saya gemar melayari internet dan membaca, downloading tapi tak gemar bermain game. Ramai tidak akan menyangkal jika saya katakan bahawa internet terlalu banyak keistimewaannnya. Saya mengenali kawan dari pelabagai pelosok dunia melalui internet, menambah ilmu, mengetahui perihal dunia sama ada hal masa lampau atau sekarang hanya melalui hujung jari sahaja.

Tetapi setelah beberapa tahun saya melayari internet, maka pada hari ini saya mendapati bahawa antara laman web yang saya gemari adalah laman web PTPTN.





Sebab utama saya dapat melihat jumlah hutang saya dan sekali gus memberi motivasi saya supaya berjimat cermat dan mencari cara untuk menambahh pendapatan saya.


Internet juga adalah cara untuk menambah wang. Tetapi ianya bukan mudah dan kadang – kadang terlau sukar, tetapi bukan bermaksud ia adalah mustahil.



Bila saya lihat jumlah hutang saya, saya jadi takut dan terus berazam untuk menambah pendapatan saya. Hmm, saya ada baca banyak kontroversi pasal PTPTN ni, tapi, hutang tetap hutang kan. Saya telah menandatangi perjanjian dan saya perlu patuhi perjanjian tersebut. Sebab hutang tu pun saya dah ada ijazah dan bekerja.



Tapi Saya juga berdoa agar PTPTN revised balik cari pengiraan hutang, kurangkan interest dan caj perkhidmatannya, sebab bagi saya ia terlalu tinggi. Tetapi buat masa sekarang saya tetap akan membayarnya dan berazam untuk membayarnya dalam masa secepat yang mungkin. Sebab utama, dapat mengurangkan kos pentadbiran dan interestnya.

Saya perlu membayar dan mendisiplinkan diri saya untuk membayarnya kerana pada masa hadapan, akan ada banyak lagi hutang yang akan saya buat dan pelbagai perkara yang memerlukan duit, jadi saya rasa somehow, PTPTN loan make me more motivated to find means to earn more money.


Saya mahu mempunyai rezeki yang datang dari pelbagai arah,

Jadi, sudahkan anda mula membayar PTPTN anda?

Sunday, November 15, 2009

Plan 2010

Tahun 2009 sudah sampai ke penghujungnya. Dah nak mula buka buku baru.

Saya akan menghadapi suasana baru mulai tahun depan. Jadi sudah mula merancang untuk 2010 dan salah satunya adalah untuk mengambil master. AMbil master apa tak tahu lagi, jadi, sekarang tengah survey. Tak tahu lah kalau ia akan memberi manfaat pada saya atau tak, tapi saya akan berusaha.

Wednesday, November 11, 2009

Jauh perjalanan luas pandangan aka pengalaman itu milikku

Dahulu saya tidak gemar berjalan dan melawat mana – mana tempat pun dan lebih suka duduk di rumah, sebabnya saya mudah penat bila berjalan. Sebabnya selalunya perjalanan jauh, tapi sekadar tengok sesuatu yang dituju itu sekejap sahaja. Habis masa dan wang sahaja. Lebih baik duduk. Tetapi saya silap.

Rupanya melalui pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan, pelbagai perkara baru saya temui. Bukan sekadar kawasan baru, tetapi orang baru dan suasana baru. Walau sekejap, tetapi ia begitu berharga.

Sebenarnya bukan destinasi yang dituju yang mengujakan saya, tetapi menempuhi perjalanan sepanjang menuju ke destinasi yang mematangkan dan menambah pengalaman saya. Bak kata seseorang, live in the moment, hargai pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan, kerana menuju destinasi memang penting, tetapi proses untuk sampai ke destinasi juga sama penting.

Pengalaman yang ditempuhi itu adalah milik saya. Ia tidak boleh dibeli dengan apa-apa jua, walau semahal mana pun ia dibeli dan dijual. Ha, sebab tu orang selalu kata, hargai setiap apa yang datang pada kamu, kerana kamu tidak tahu bila lagi ia akan datang lagi kepada kamu. Ohhh, baru saya faham. Betullah kata orang, semakin jauh perjalanan, semakin luas pengalaman. Now I’m waiting for a road trip dengan angah and his family. Tak per, duit boleh dicari ngah. Heheheh. Nasib baik adik ngah ni baik tau. 

Monday, November 9, 2009

Pantun : Budi

( Bukan milik saya – sekadar berkongsi kerana saya gemarkannya)

Baik bergalas maupun tidak,
Buli-buli bertali benang
Bbaik berbalas mahupun tidak
Asal budi sama dikenang

Burung helang burung jentayu,
Mengimbau naik ke atas palang
Bunga kembang akhirnya layu
Budi yang baik takkan hilang

Yang kurik itu kendi,
Yang merak itu saga,
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Friday, November 6, 2009

Permulaan yang baru

6 November 2009 - tarikh bertuah untuk aku. :)

Bermulanya satu permulaan yang baru untuk aku. Tiada lagi angan-angan, sekarang adalah perlakuan dan masa utnuk tindakan.

Siapa aku sebenarnya dan siapa yang aku mahu jadi sebenarnya. :)

Betul kata pujangga dan bijak pandai, bila kita banyak berjalan, semakin banyak pengalaman yang ditimba dan setelah hampir setahun di tempat orang, telah banyak pengalaman ku tempuhi, walau pun aku tak tahu sama ada pengalaman itu cukup untuk membantu aku menepuhi masa hadapan. Tapi satu yang ku pasti, walau apa pun aku akan terus berjalan, sesekali akan menoleh ke belakang mengenang kembali penngalaman dan kenangan lama sebagai panduan, dan walau halangan berduri berada di hadapan, aku akan terus melangkah dan tidak akan menyesali atas apa jua yang menimpa diri ini.

Telah ku sedari, hidup ini bukan mudah, tetapi hanya akan lebih sukar jika hati, minda dan perasaan kita turut mengatakan ia susah. Jadi ku pujuk diri ini, hati ini agar akan terus sabar, tabah dan teruskan berjalan dan sentiasa berfikir bahawa diri ini bertuah, bahawa diri ini cantik, bahawa diri ini akan sentiasa menang dalam menghadapi cabaran, kerana apa yang penting apa yang kita katakan pada diri kita sendiri. Pedulikan apa pandangan dan kata-kata orang kerana yang penting adalah diri kamu. Kerana dirimu adalah berharga.

Aku akan kembali usahakan apa yang telah ku usahakan selama ini, tetapi dengan lebih tekun dan bersemangat lagi. Selamat berusaha dan Selamat berjaya Mas.