Nuffnang

Wednesday, November 30, 2011

Jangan tidak suka….




Perasan tak, sesuatu yang tidak disukai itulah yang sering kali ditarik kepada diri. Saya benar-benar tidak suka satu jenama barang dari satu Negara ini, tetapi sejak sebulan ini, saya sentiasa membeli barang daripada jenama ini. Oh oh,….

Patutlah mak cik saya selalu kata, jangan tak suka, nanti jadi benda tu pada batang hidung sendiri. Ini baru jenama, bagaimana kalau hal-hala peribadi yang lain? Kenapa yer terjadi begini? Apabila tidak suka, sepatutnya dijauhi, tetapi kenapa ia menjadi semakin dekat? Sebabnya…

Kita selalu memikirkannya. Apabila perasaan itu terlalu kuat, ia akan menarik kita, walau tidak disukai. Jadi apabila tidak sukakan sesuatu, alihkan perhatian kepada sesuatu yang disukai. Jangan buang masa dan tenaga memikirkan kepada sesuatu yang tidak dugemari. Ini adalah tips daripa udang-undang penarikan atau law of attraction. Tak percaya, cubalah.

kenapa perlu yakin




Pernah jumpa tak orang yang mempunyai keyakinan tinggi dan terasa iri hati dengan orang tersebut. Saya pernah dan saya terasa kerana saya bukanlah seorang yang berkeyakinan. Tetapi kerana sikap penakut dan keyakinan yang rendah terlampau banyak dan peluang bagus yang saya terlepas. Apabila terlepas, mula mencari pelbagai alasan sedangkan perkara tersebut boleh dihalang  apabila mempunyai keyakinan yang tinggi.  Walau perkara itu adalah benar, tetapi kerana takut, kerana ragu-ragu, maka tidak berani walhal henya bertanya, semua kerana keyakinan kerana ragu-ragu.

Masa sekolah kan diajar berani kerana benar? Kenapa takut walaupun perkara itu benar? Kerana tak nak sakitkan hati orang, kerana rasa orang itu faham. Padahal tiada siapa ada kemampuan telepati, kemampuan membaca fikiran orang lain, jadi perlu beritahu. Jika tidak, diri sendiri yang akan sakit nanti. Memang tidak semua akan terima, tetapi perlu berani menghadapi kesudahannya. Walau teruk, lagi bagus sebab sekurang-kurangnya kita cuba. Daripada tidak berusaha. Jika tidak kita akana menanggup kesan akibat kesalahan orang lain. Ayat biasa ‘ Ala, akak lupalah, kenapa awak tak ingatkan?”. Walhal sebab utama tak nak beritahu kita tak nak sakitkan hatinya. Saiap yang suka diiingatkan pasal kerja yang mereka perlu buat. Sebab kita ada persepsi, bila orang tegur pasal pekerjaan kita, maksudnya kita salah. Orang kita tak boleh terima kesalahan sendiri, walau sebenar mana kesalahannya. Jadi, jadilah berani.

Buat diri sendiri juga, jadilah berani, jadilah seorang yang mempunyai keyakinan tinggi.  Sebab utama terlampau banyak perkara yangterelepas apabila tiada keyakinan dalam diri.

Monday, November 21, 2011

Belajarlah menghargai…


Walau sekadar senyuman, hargailah apa yang orang itu telah buat.  Dalam dunia sekarang yang penuh dengan masalah dan tekanan, bukan mudah untuk orang senyum, jadi senyumlah balik. Apa lagi kalau orang itu telah memberikan anda sesuatu. Pertolongan walau sekadar memberi nombor telefon pejabat majlis daerah, walau sekadar kata sabar, walau sekadar pertolongan sebesar bawang, hargai. Jangan sakitkan hati orang itu dengan membandingkan pertolongan yang telah diberi. Cukup sekadar berkata terima kasih. Orang tersebut akan rasa dihargai. Dalam memberi pertolongan, bukan balasan yang dicari, tetapi kepuasan dalam memberi pertolongan. Jika terima kasih pun berat nak cakap, jangan cakap apa-apa yang tidak memeberi faedah. Jangan buat sampai orang serik nak beri pertolongan.

Setiap apa jua yang kita buat, kita akan mendapat balasannya. Begitu juga dengan perkataan. Jadi, fikirlah sebelum melakukan apa-apa.

Sesuatu yang didapati daripada facebook…

Suatu hari Rasullah SAW didatangi seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya sengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasullah akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasullah SAW terus makan. Setiap kali ddengan senyuman., hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Even Rasullah menghargai pemberian wanita kafir itu dan makan dengan tersenyum.

p/s : Rasullah menghargai pemberian wanitu itu walau tahu niat wanita tersebut. Jadi walau kita tahu pemberian seseorang itu tidak ikhlas, kita perlu menerima?