Nuffnang

Sunday, February 17, 2013

Bila tak mampu

Kadang-kadang selalu jumpa benda yang nampak best, cantik danmenawan dah hati kata nak, tapi hakikatnya tak mampu.

Apabila melihat orang lain yang mampu membeli dan memakai barang mewah dan hati pun kata nak, tapi tak mampu.

Terjadi pula apabila diri terasa rendah kerana memakai barang lama, walhal sudah ramai yang memakai yang baru, ikut peredaran masa, tapi kerana tak mampu ....

Masalahnya, tau diri sendiri tak mampu, tapi tetap ada kemahuan untuk memilikinya. Ia boleh jadi nak suami hensem, nak rumah bungalow, nak kereta four wheel drive ( ini saya), tapi bila ukur baju kat badan sendiri, memang tak layak, sebab tak mampu.

Dalam law of attraction ( undang-undang penarikan), kita boleh memilikinya, tapi ada cara dan sabar. Kata kunci di dalam undang-undang ini adalah sabar, yakin dan berusaha. Bukan mudah juga, sebab usaha yang perlu dijalankan perlukan disiplin dan keyakinan diri.

Tapi sekarang, nak benda tu, dengan cepat. Nak kurus cepat, nak pandai cepat - berita gempar, bila cepat benda tu datang, cepatlah benda tu hilang.

Jadi, bila tak mampu, sedarlah diri wahai hati dan  minda. Mungkin bukan sekarang. Sabarlah. Terimalah apa yang ada dengan hati penuh kesyukuran. Sebab ramai lagi yang di lura sana serba kekurangan.

Sunday, February 3, 2013

Bestnya sikap tak kisah



Bestnya sikap tak apa ...

Tak apa adalah sikap tak kisah diperlakukan bagaimana pun, walau disakiti. Apa pun orang buat pada kita, tak per, abaikan dan balik semula seperti semula, walau kejadian itu amat menyakitkan hati.
 Orang kata, sikap tak apa, tak patut ada. Kita perlu mengambil hak kita dan membalas apabila diperlakukan dengan tidak adil. Tetapi untuk buat seperti memerlukan kekuatan dan ketabahan.

Kuat untuk menemplak balik apa yang diperkatakan orang itu dan mempertahankan hak diri apabila diserang. ALa-ala peguam lah. Walau apa pun yang dikatakan, mereka akan mencari jalan untuk menegakkan hak mereka walau sampai perlu menegakkan benang yang basah.

Saya tak ada kekuatan itu dan juga tak mampu untuk membuat tak kisah. Hati terasa sakit dan masih teringat apa yang diperkatakan oleh orang tersebut walau kejadian itu telah berbulan berlaku. 

Keadaan semakin susah sebab saya perlu melihat diri dia banyak kali. Oh Oh...Sebab itu saya katakan, bestnya sikap tak apa, boleh abaikan perasaan itu dan buat tak tahu sahaja.
Untuk sebab itu, saya kagum orang yang tetap mampu tersenyum pada orang yang telah memperlekehkannya dan tetap menjadi kawan. Mampu berborak dan ketawa. Bilalah saya boleh buat begitu.

Saya pun seorang yang keras hati, jadi untuk beralah dan membuat seperti biasa rasanya tidak mampu. Rasanya apa yang dia buat terlalu perit untuk saya telan. Bukan tak pernah alaminya, dan saya akan mengambil masa bertahun untuk buat seolah kejadian itu tak pernah berlaku. Cuma yang pasti,sekarang saya akan meletakkan dinding antara saya dan orang itu dan tak boleh buat sebaik yang saya pernah buat.

Hanya sekarang, saya sedang mencari kemampuan untuk berhadapan dan tersenyum dengan orang itu dan berborak seperti orang normal dan tidak buat seolah-olah saya sedang bermusuh dengan dia.
Teringat suatu cerita di Televisyen, di mana walau mereka tersenyum, berpelukan, tetapi sebenarnya di hati mereka saling membenci, tetapi tetap mampu berlakon di hadapan orang lain. Orang lain ingatkan mereka berkawan rapat, tetapi rupanya mereka bermusuhan....
Oh yer, hidup kan hanya lakonan, kan?

Mengenai wang KWSP

 Sesuatu yang perlu difikir...

Sesuatu yang saya belajar semasa mengambil lesen unit trust mengenai wang kwsp ...

Katakan anda bersara usia 55 tahun dengan wang kwsp sebanyak rm100,000.

Perbelanjaan bulanan anda pula sebanyak RM2000, jadi RM100,000 / 2000 = 50 .. maksudnya wang kwsp anda selepas pencen hanya mampu bertahan selama 50 bulan sahaja iaitu selama 2 tahun 2 bulan sahaja.

Oh oh... jika begini keadaannya, bukankah anda perlu bekerja untuk menampung keperluan hidup anda?

Bila fikir keadaan seperti, takut rasanya. Memang rezeki ada di mana-mana, tetapi kene rancang juga, kan?