Nuffnang

Saturday, January 24, 2015

Online shopping atau offline shopping?

Saya suka online shopping sebab x perlu keluar rumah, mudah dan selesa. Jimat duit minyak kereta, tapi x bakar lemak. Lagilah saya seorang yang introvert, jadi lagi suka membeli belah di rumah. Suka sangat online shopping ni sampai abah saya akan pelik kalau dalam minggu tu tiada barang yang sampai melalui pos.

Bagusnya online shopping ni juga mudah nak compare harga dan boleh cek dulu kebaikan dan review ornag ramai mengenai sesuatu produk tu.

Keburukannya pula tak dapat pegang dan cuba, terutama benda seperti kasut, sandal dan pakaian. Takut pula bila dah beli, tak muat. Sudah beberapa kali berlaku tapi kebanyakan bila membeli kasut dan sandal. Walau biasanya saiz yang sama, tapi bila beli, sempit dan tak sesuai. Jadi, sebab tu, saya lebih suka beli offline bila beli kasut ni.

Satu perkara lagi yang saya tak suka pasal offline shopping dan menyebabkan saya beli online sebab kadang-kadang bila jumpa seller yang push pelanggan untuk beli... aduiii, tak best. Bila tak beli rasa kesian lah pula.

Kebiakan offline shopping bagi saya adalah dapat bakar lemak. Perghhh, kan kalau perempuan ni bab membeli belah, sanggup jalan berjam-jam, belek-belek, review dari satu kedai ke kedai dan ia memang best.

Jadi, apa yang terbaik?
Tepuk dada, tanya selera.

Friday, January 23, 2015

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya (sambung internet melalui bluetooth phone tapi masih guna streamyx. )

Kisahnya begini, laptop saya ni, modem wifinya buat masalah. Selalu sush nak connect dengan modem wifi rumah. Asik kene restart berkali-kali baru lah dapat connect. Cek kat google, kata perlu update, jadi saya mencarilah software adapter wifi ni ... mengupdate berpuluh kali, tetapi masalah tetap sama.

Sampailah ke hari ini ... tak boleh nak conncet dengan internet malah, tak dapat dikesan wifi adapter dalam laptop ... sedih .... sebab dah rancang nak buat macam-macam.

Tetapi dalam senarai adapter ada bluetooth network connection, tapi tak pernah guna.

Jadi untuk sekian kalinya pada malam ini, saya pun mencuba. Onkan bluetooth daripada handphone, dan try sambung melalui bluetooth connection and try and error and finally dapat hubungi internet melalui sambungan phone dalam masa yang sama menggunakan wifi streamyx rumah, bukan data connection phone.... wahhh, lega. Syukur.

Betullah, dalam keadaan susah, jangan nak mengalah, kene sentiasa fikir positif dan fikir boleh and yang plaing penting berharap pada Allah. Dalam keadaan macam ni, mengajar saya perlu mencuba dan mencuba dan belajar n belajar. 

Ini phone kegemaran saya.