Nuffnang

Friday, April 21, 2017

Mencari kekuatan dalam diri

Kata seorang sahabat, kekuatan itu ada dalam diri, kekuatan yang perlu dicari dan dikeluarkan, dikelaurkan sendiri, sebab siapa lagi yang boleh tolong diri sendiri, kalau tak diri sendiri ...

Kawan, sahabat, kelaurga hanya boleh beri perangsang, tetapi yang hendak bangun adalah diri sendiri ... jadi diri sendiri lah yang perlu bangun dan lawan diri sendiri. Betullah, bahawa musuh atama manusia adalah diri manusia itu sendiri.

Kita boleh pilih untuk mengalah dan biar sahaja, tetapi kesannya kita menjadi sedih, pemarah dan tiada semangat, sedangkan dalam hidup ni ada pelbagai perkara yang boleh dinikmati...

Jika kita tak sukakan sesuatu, kita boleh ubahnya atau kita cari cara untuk hadapinya dengan tabah dan tenang dan jangan lupa bermohon pada Allah, tapi, hati perlu kuat, amat kuat dan fokus kepada sesuatu yang bermanfaat .. jangan bazirkan dengan perkara yang tidak bermanfaat,

Kita boleh, boleh hadapi apa jua cabaran sebab Allah tidak akan turunkan sesuatu ujian jika hambaNya tidak mampu hadapinya.

Musuh utama

Seorang sahabat pernah berkata bahawa musuh utama seseorang adalah diri sendiri ... dan ada kata-kata popular, musuh utama yang perlu ditawan adalah nafsu sendiri.

Betul sangat-sangat, sebaba semua bermula dengan diri sendiri .... sebab sebagai manusia, kita tidak boleh mengawal keadaan keliling kita, tapi kita boleh kawal reaksi diri kita, sama ada kita mengalah dengan sesuatu, melawan, atau menerima seadanya. Kata sahabat itu lagi, kekuata ada dalam diri sendiri, tapi ia perlu dicari dan dikeluarkan. Ia ada pada setiap manusia, tetapi ia perlu dikeluarkan, perlu dicari oleh tuan empunya diri.

Setiap manusia akan melalui saat dia 'down', lemah, dan ia adalah normal, tetapi bagaimana dia nak bangkit itu yang membezakan setiap manusia. Sungguh mudah pada sahabat itu melayan kawannya ini yang sedang lost dengan diri dia, yang dah merasa selesa dengan keadaan dirinya, yang dah tak mahu berusaha untuk dirinya, tetapi sahabat ini menyuruh dia bangun dan mencari kekuatan sendiri.

Atas sebab itu, blog yang dah lama tak dikemaskini, kini menerima pengemaskinian ... untuk menyuruh diri sendiri bangun dan memaksa diri sendiri menjadi lebih produktif dan berusaha, sebab kita hidup untuk diri kita, dan kalau kita tak boleh push diri sendiri, siapa lagi yang boleh kita harapkan?

Terima kasih sahabat, awaklah sahabat dunia akhirat.