Selepas dua minggu raya


Rasanya raya tahun ini memang meriah. Masuk dua minggu raya, masih ada lagi kedai tak dibuka. Mungkin sebab cuti sekolah pun dua minggu, jadi ramai ambil peluang ini untuk beraya sepuas-puasnya.

Bagi saya lak, cukup-cukuplah. Bukan apa, sebab banyaknya pulus terbang. Dari sebelum, sedang dan selepas. Kesannya amat besar. Lagilah tahun ini, umur semakin besar, jadi tanggungjawab pun besar. Saya masih belum berkeluarga, masih tinggal dengan emak dan abah. Jadi tak dapat saya bayangkan kawan-kawan yang sudah mempunyai komitmen dengan pasangan dan anak-anak. Memang banyak duit diperlukan. Agaknya, wang untuk menghadapi raya perlu disediakan enam bulan sebelum tibanya musim ini. Aduii.....

Lagipula, kita tak tahu bila lagi wang akan diperlukan. Jadi, simpanan memang kene ada. Kalau tak ada back up, bagaimana nak hadapi segala kemungkinan yang berlaku? Bukan diminta, tapi kan baik kalau sediakan payung sebelum hujan.

Selepas raya ini juga menyedari saya bahawa selepas ini, saya memang amat perlu berjimat, menyimpan dan mencari wang tambahan. Komitmen semakin tinggi, wang banyak diperlukan. Tapi ia bukan mudah. Jadi, azam selepas raya, bekerja dengan bersungguh, dan berjimat.


Jom tambah pendapatan melalui Facebook. Bagaimana dengan facebook, tanpa jual produk, boleh mengahasilkan pendapatan. Cara mudah dan dimentor pula oleh pakar fb. :)





LuarkotakFB

Comments