Lama rupanya tidak menulis di blog ini.... kali terakhir tahun 2015 .... sibuknya tahun 2016 sampai tidak sempat menaip di blog ini atau disebabkan hal lain...
Tahun 2016, tahun yang amat mencabar bagi saya, terutama dari segi hati dan kesabaran dan kesihatan ... mencabar sangat-sangat....
Tahun 2016 mengajar saya untuk bersyukur dengan apa yang ada, kene bersyukur sentiasa, jadi bila nampak rasa tidak puas hati dengan sesuatu, selalu pujuk diri sendiri dengan berkata, tak apa, bahagian aku lain, aku dah ada lain, kenapa mesti cemburu dengan apa yang orang lain ada? Perlu sentiasa bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang ada.
Tahun 2016 mengajar saya, diam dan senyum adalah dua senjata yang terbaik untuk mengelak konflik. Entah kenapa, saya senang merasa aura negatif, dan ia membuatkan saya rasa tidak selesa, jadi, apabila saya merasa perasaan ini, saya lari dari orang itu atau keadaan itu ... untuk mengelakkan konflik. Tak apa mengalah, sebab ada benda lebih baik dan perlu untuk saya tumpu.
Untuk perkara yang saya tidak mampu kawal, baik bagi saya untuk lepaskan sahaja, walau dalam hati terasa tidak puas hati dan sakit. Banyakkan istgihfar ... ia membantu.
Dalam hidup ini, banyak benda baik yang lain yang perlu ditumpu, untuk sesuatu yang sedih dan menyakitkan dan saya tidak mampu kawal, lepaskan ia sahaja, tidak perlu memikirkannya dan bercakap tentangnya, buat membazir air liur sahaja.
2016 juga mengajar sahaja, untuk jaga diri sendiri lebih baik ... jadi 2016 ini, saya ingin lebihkan bersenam, kurangkan manis dalam makanan, tapi manis dalam kehidupan, banyakkan minum air dan mula menjaga diri dengan lebih baik. Bulan November saya menghidapi demam hampir sebulan... huhuu, badan sudah semakin kurang antibodinya.
Hidup ini mudah, jangan jadikan ia rumit ... susah, ngadu pada Allah dan carilah orang untuk membantu ... dan tidak perlu sakit hati dan cemburu dengan orang lain. Kalau nak, berusahalah, bukan dengki, bukan beri aura negatif pada orang itu ...
Minta tolong pada Allah, Allah ada, walau sorang2, Allah seniasa ada.

Comments