tepati Janji

 Hari ini, ada suatu kejadian berlaku dengan junior tempat kerja .. Katanya ingin pergi bersama di suatu tempat, tetapi, apabila semua yang dirancang sudah dibuat, tetiba, lain pula yang ingin dibuat ....Marah dan sedih rasanya... Buat lah janji betul-betul .. sebab orang yang dah rancang, berkorban masa sebab nak penuhi janji itu. 

Marah, sangat marah dan sedih, sebab kalau boleh nak berada di tempat itu lama-lama, tetapi, sebab janji yang entah apa-apa, maka, terlepas peluang dan rasa tak puas hati menguasai diri. 

bagi sesetengah orang, perkataan tak apa seolah dah biasa, ala boleh la, ala orang itu tak kisah, tapi bagi setengah yang lain, yang menghargai janji, yang menghargai ketepatan janji yang dibuat, bukan mudah untuk dilupakan, hati terasa sakit dan orang yang membuat janji tak tahu, betapa sakitnya seolah dipergunakan. 

Kejadian ini tidak akan berhenti .. akan berterusan, dan akan ada orang lain yang buat. 

Tepatilah janji yang dibuat, ikutlah perjanjian yang telah dibuat, kerana kita tak tahu apa orang itu korbankan untuk mengotakan janji itu. Dan kesan apabila anda memungkir janji itu.

Comments