Mencipta bahagia sendiri ...

Bahagia itu letaknya dalam hati, sesuatu yang buat kita rasa bahagia, gembira, tanpa disedari .. sesuatu yang buatkan diri tersenyum secara tetiba, tanpa dipaksa, tanpa rasa perlu dibuat kerana perlu .... kerana untuk menyenangkan orang lain, dan bukan diri sendiri ...

Jangan mengharap orang lain unutk memberi bahagia, tapi haraplah pada diri sendiri untuk mencipata bahagia itu ...

Memang seronok ada duit yang banyak, beli barang mahal, dikelilingi orang ramai, disayangi, ada rupa yang cantik .. tapi kalau tak ada semua itu, tak boleh bahagia ke?

Bagaimana nak mencipta bahagia untuk hati yang trauma, hati yang terasa, hati yang disakiti ?

Setelah hati disakiti, dipergunakan, kesakitan itu bukan mudah untk sembuh ...

Tapi, dunia ni luas, ada pelbagai perkara yang boleh dibuat, dicari dan digapai ... Buat apa menggapai sesuatu yang susah ... kenapa masih perlu mengharap, mengharap pada sesuatu yang tak pasti, tanpa bersyukur dengan apa yang ada di hadapan ?

Ciptalah bahagia sendiri tanpa perlu menjatukan orang lain, tanpa perlu buat orang lain terasa dengan anda, tanpa perlu mengambil hak orang, tanpa menyakitkan hati orang yang pernah menolong anda ... Bersyukurlah dengan apa yang ada .... dengan bersyukur, Allah akan tambah nikmat anda ....



Comments