>Sebab- Sebab Pengangguran

Selalunya, kita dengar pendapat daripada pakar yang bukan penganggur mengatakan mengapa terdapat ramai penganggur di Malaysia, tapi di sini biarlah penganggur sendiri beritahu mengapa gagal dapat pekerjaan.

Sepanjang hampir dua tahun TA jadi penganggur, TA pergi lebih daripada 30 temuduga. Betul tak tipu. TA orang Johor, tapi dah banyak kali gak TA turun KL semata untuk pergi temuduga. Bayangkan berapa banyak wang bapa TA habiskan untuk TA cari kerja. TA pernah temuduga untuk bank, call centre, syarikat sekuriti dan kilang gak.

Beberapa kali TA diberitahu yang TA lepas temuduga pertama, dan akan dipanggil ke temuduga kedua, tapi mana silapnya, tunggu punya tunggu, tak dapat gak. TA dah empat kali pergi government test, satu lepas, tapi tak dipanggil temuduga pun ( test bulan 8), itu memnag dijangka pun sebab government sekarang memang susah nak dapat.. Untuk pengetahuan, TA dah pergi test KPLI dua kali, lepas sekali dan tengah tunggu keputusan temuduga. DPLI sekali, gagal. Pernah mohon jadi guru ganti, mohon melalui PPD, tapi tak dapat. Sebelum ni, TA ada jadi guru ganti tapi sebab rekomen orang. TA amat bersyukur dan banyak pengalaman TA timbajadi guru ganti di situ.

Kat sini TA senaraikan antara sebab utama tak dpat kerja

1. kerja untuk pemegang ijazah tak banyak.
Betul ke? Kalau macam itu susahlah.

2. memilih kerja?
Mungkin betul untuk sesetengah orang, tapi percayalah, nak dapat kerja kerani pun susah. Bila mereka tau TA pegang ijazah, mereka rasa over qualified and the result you fail to get the job. Jadi ada kerja, jagalah kedai orang.

3. Rezeki / luck?
TA tau setiap orang ada rezeki masing- masing tapi bayangkan betapa penatnya seorang pengganggur mencari kerja. Bayangkanlah dah banyak pergi temuduga, tapi tak dapat. Tapi sesetengah orang senang pula rezekinya. . Tapi sebagai seorang Muslim, TA tak boleh percaya pada luck atau pun bad luck. Yang penting TA tak boleh give up.

4. salah pilih kos
Saya tak tau nak komen, tapi saya selalu dengar tak semestinya nanti kita akan bekerja mengikut jurusan yang kita belajar. Kalaulah kos itu dah dikatakan tak relevan masa kini, bukankah suatu tindakan perlu diambil, seperti kurangkan pengambilan pelajar untuk kos tersebut atau buatlah sesuatu agar kos itu menjadi relevan.

Kat sini, saya terpaksa beritahu, kalau pelajar itu tahu bahawa kos mereka akan menghadapi kesukaran untuk dapat kerja, anda perlu cari skill tambahan, seperti skill computer, atau amik lesen jual insurans. Ia akan menolong pada masa depan. Itulah yang saya nyesal. Patutnya saya amik kesempatan masa belajar dahulu untuk pelajar banyak skill, tapi saya terlepas peluang itu.

5. Lemah Bahasa Inggeris
Ini saya amat percaya dan akui. Masalahnya saya selalu jumpa ramai graduan melayu boleh tulis English dengan baik, tapi bab speaking kurang sikit. Saya pun lemah dalam bahsa inggeris, dan grammar saya pun lintang pukang. Hampir 90% temuduga yang saya pergi dalam bahasa inggeris, walaupun tak berepa fluent, tapi saya boleh cakap bahasa Inggeris. Sebabnya saya ada kawan baik dari negara China, kami selalu cakap dalam English.

Saya pernah temuduga untuk call centre, sebab bahasa inggeris saya kurang power, saya tak dpat jadi customer service officer, tapi hanya sebagai operator yang amik customer demands. Dan setiap customer pun kena cakap benda yang sama. Tak apalah, sekurangnya saya kerja tiga bulan di situ. Saya berhenti sebab habis kontrak dan kerana masalah peribadi dengan kakak ipar. Masa saya beri surat berhenti, penolong supervisor saya cakap, jangan berhenti, tapi sebab masalah dengan kaka ipar sendiri, saya pun berhenti.

Masa di tempat kerja itu, saya lihat ramai orang ynag muda daripada saya tapi dpat bekerja sebagai officer dan mereka taka da degree pun. Sebabnya English mereka amat baik dan mereka bekerja keras. Malunya saya dengan mereka, saya umur 24, ada ijazah, tapi gagal dapat kerja ynag baik.

6. Kurang keyakinan
Saya tak tau pada orang lain, tapi saya cuba jawab persoalan dengan baik semasa diajukan soalan hingga pernah sekali temuduga, mereka tanya saya, masa nganggur buat apa kat rumah? Saya jawab saya baca buku, Contoh? Saya baca buku Robert Kiyosaki, rich dad, poor dad. Kami siap borak pasal buku dan saya rasa saya dah buat good impression pada penemuduga tu. Tapi, agaknya rezeki saya bukan di situ, saya tetap gagal.

Sekarang saya tak tau bagaimana saya nak menghadapi temuduga lagi. Saya betul-betul dah hilang keyakinan. Kalau lepas ni, saya gagal dpat KPLI, saya akan bermula daripada bawah. Tak kisahlah. Saya ada hutang yang perlu dibayar dan dahlah saya satu-satunya anak yang masuk univereiti, tapi susah dapat kerja> saya yakin dengan rezeki Allah. Allah maha Pengasih, Dia maha Mengetahui dan saya pula tak boleh give up.

Comments