Nuffnang

Thursday, December 13, 2007

Hutang, debt, mistakes dan PTPTN

Semalam saya post tiga artikel dalam blog English saya. Salah satunya saya buat sebab untuk dapat bayaran. Mereka bagi tugasan dan saya kena siapkan artikel berkaitan perkara yang mereka suruh. ( itu yang ada perkara yang tak berkaitan dalam blog saya)Atas sebab-sebab tertentu, mereka taklah bayar saya dengan banyak pun, tapi sekarang kan tengah tanam anggur, jadi terimalah. Kadang-kadang selalu fikir, berbaloi ke apa yang aku buat ni?

Tapi selagi tak cuba tak tahu kan? Dan untuk first task saya, kena reject, jadi kenalah buat semula. Dah hantar dan betulkan apa yang mereka suruh, harap kali kedua menjadilah.

Salah satu sebab yang menyebabkan saya blogging adalah duit, tapi rupanya bukan mudah. Saya tak tahulah bagi orang lain, tapi bagi saya, bukan mudah. Seperti mana orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tapi bagi saya amat susah,.

Tapi taklah bermakna saya berputus asa, tapi cuba take one step at a time. Tak apa lambat, asal buat. Sebut pasal duit, saya amat berminat pasal hutang. Sebabnya dalam keadaan saya yang tanam anggur dan tak pasti akan lepas KPLI, dan ada hutang PTPTN yang patutnya dah bayar, tapi tak bayar lagi, dan pastinya masa hadapan akan berhutang lagi, ( nak beli kereta, rumah dan saya cadang nak buka kafe , seperti kafe kek, tapi hidang makanan berat, ala-ala barat gitu) jadi saya nak cari selok belok pasal hutang, pasal faedah.

Tapi maslahnya saya tak suka akaun sebab masa form 4 dan form 5, saya ambil prinisip akaun tapi bila buat akaun tak pernah imbang. Tapi math saya tak teruk walau saya amik politik kat Uni dulu. Saya dapat A1 untuk my math. Jadi jauhkan malas, saya akan cari dan selidiki bagaimana saya boleh mengurangkan hutang PTPTN saya dan cara bagaimana nak kurangkan faedah dan bagaimana nak achieve financial independence. Dengarnya macam cita-cita besarkan?

Satu yang saya kesalkan adalah masa belajar dahulu saya agak boros, kebanyakan wang saya habis untuk balik johor, ( belajar di kl) dan hampir setiap bulan mesti balik. Tapi setelah habis belajar, saya masih ada simpanan yang jangkanya digunakan untuk cari kerja dan memulakan hidup baru setelah habis belajar. Tapi saya tak sangkalah pula, dah habis semua duit tu, kerja pun tak dapat, maka terpaksalah minta bantuan abah.

Untuk hari ini saya letak quote saya rasa sesuai untuk hari ni. Kebanyakan tentang aims, mistakes and difficulties.


“Smooth seas do not make skilful sailors.” African Proverb

“We will either find a way, or make one!” Hannibal

“In order to discover new lands, one must be willing to lose sight of the shore for a very long time.” Anonymous

“He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life.”
Muhammad Ali

“If you can't make a mistake, you can't make anything.” Marva Collins

“So go ahead and make mistakes. Make all you can. Because that's where you will find success. On the far side of failure.” Thomas J. Watson, Sr.
my favourite)

“He who hesitates is lost.” Proverb

0 comments: