Kebanjiran maklumat tidak semestinya bagus

Situasinya begini, ada pelbagai pilihan surat khabar, semua memaparkan berita yang sama, tapi berlainan susunan tajuk, panjang artikelnya dan gambarnya. Adakah anda akan membeli semua surat khabar yang memaparkan berita yang sama tapi berlainan tajuk dan isinya ( isi berkemungkinan sama, tapi cara penyampaian berbeza) sebabnya anda mahukan banyak maklumat tentang berita yang sama. Boleh jadi keputusan yang baik, tapi tidak berapabijak. Ataupun orang kata, eh, buat apa beli surat khabar, baca saja di internet, free jer.

Tapi apa yang saya mahu sampaikan apabila kita kebanjiran maklumat selalunya, ia taklah baik sangat. Lebih-lebih lagi bila kita tak tahu nak buat apa dengan maklumat itu. Itulah masalahnya yang saya hadapi sekarang. Terlalu banyak maklumat yang saya baca sampai mana saya tak tahu macam mana nak guna. Sebab itu, orang kata exam oriented students is not really good. Maksudnya, pelajar yang berorientasikan peperiksaan kurang bagus, sebabnya maklumat ynag mereka ada hanya diguna pakai semasa peperiksaan sahaja, dan digunakan di kehidupan sebenar jarang sekali.

Maklumat walaupun sedikit, tapi kalau diguna pakai adalah bagus, berbanding terlalu banyak maklumat, tapi tiada penggunaan tidak baguskan? Eh, nanti dulu, nanti orang kata, jadi tak payah baca banyak buku. Hmm, membaca memang perlu dan perlu jadi aktiviti harian, tapi jangan hadkan pembacaan pada satu bahan sahaja, sebabnya nanti maklumat ynag ada berkisar sesuatu perkara sahaja, jadi banyakkan bahan bacaan anda. Kalau suka novel cinta, apa kata baca pula fiksyen psal politik ke, perang ke. Taukan, banyak jer keputusan dalam organisasi politik dipengaruhi oleh cinta , dan begitu juga perang.. sebab cintakan perempuan tapi tak boleh bersama, maka berperanglah. Saya tak ingat kisah apa, tapi rasanya ada. Semua benda di dunia ini berkaitan, jadi kita kena tahu. Rasanya kita kena gak jadi jack of all trades. Tahu pasal semua perkara, tapi tahu sikit-sikit jer. Hmm, walau apa pun pilihan anda, keputusan adalah di tangan anda. Saya tak cerita lagi kenapa dengan saya bercerita hal ni, tapi sebab nak sidai baju dan kemas rumah, nanti saya sambung.

Comments