Menyindir , mempulaukan perlu ke?

tajuknya mungkin tak berapa betul, tapi ada sebab saya bagi tajuk tu.

Anas bin Malik r.a berkata: “ bahawa seseorang akan sampai ke tingkat yang tertinggi dalam Syurga disebabkan kebagusan akhlaknya walaupun dia sedikit ibadatnya. Sebaliknya seseorang itu akan terhumban ke tingkat paling rendah dalam Neraka Jahanam disebabkan keburukan akhlaknya, walaupun dia seorang yang banyak ibadahnya,”

Saya pernah terbaca hadith ( kalau tak salah hadith), katanya. Yang membezakan manusia di sisi Allah adalah taqwa. (maaf saya tak ingat complete sentence)

Tapi hanya Allah tahu tinggi rendahnya taqwa seseorang itu.

Siapalah kita hendak menilai orang lain.

Bagi saya first impression will not tell who that person is. Jadi amat penting untuk kita tak judge people based on their appearance and also based on ther first impression.

Saya bercerita hal ini kerana, seseorang yang saya percayai, melukai hati saya, mak dan abah saya.

Saya tak tahu apa yang saya buat ( lebih tepat apa yang saya tak buat) menyakiti hati mereka. Bayangkan tinggal di sebuah rumah bersama dengan orang yang anda percayai, tapi dipulaukan dan disindir.

Saya amat tak menyokong tindakan seseorang menegur orang lain dengan tindakan menyindir. Bagi saya tindakan itu adalah tindakan orang penakut. Mulanya saya tak perasan pun apa yang dikatakan itu sindiran buat saya, tapi lama-kelaman sebab terlalu obvious sangat, baru saya faham.

Tapi luka telah pun ada, bukan pada saya seorang, tapi pada mak dan abah juga. Luka boleh sembuh, tapi parut yang ditinggalkan akan mengambil masa bertahun untuk hilang.

Bagi saya, kalau ada pun yang tak puas hati, sakit hati, TANYALAH. Bercakaplah. Cakap dengan cara baik. Bukan dengan cara mempulaukan, menyindir dan silent war. Percayalah luka yang dibuat begini lagi lama nak sembuh daripada luka kerana bercakap berterus terang.

Comments