Saya dah tak tanam anggur lagi

Mulai bulan depan, saya tak jadi penganggur lagi, saya akan masuk maktab dan bakal jadi guru bahasa Inggeris. Ye, saya lepas test dan interview KPLI. Amat bersykur, walau pun mula –mula rasa ragu sama ada nak terima atau tak. Saya dah lama tak update blog saya ni, saya akan masukkan lagi bahan selepas ni.

Saya ada masalah sikit nak konsenstrasi, tak tahu naper. Alamak, lepas ni risau pasal driving test. Takut gagal. Takutlah dengan jpj, walau pun dia pun manusia biasa.

Hari Ahad lepas, along saya accident. Keretanya teruk, nasib baik tiada siapa yang cedera parah.

Masa saya mula nak belajar pasal perniagaan internet, saya pergilah mencari semua bahan dari luar negara, hingga lupa nak cari dalam negara. Rupanya kat Malaysia ni ramai internet marketer yang berjaya. Itulah orang kata, semut seberang laut nampak, gajah kat sebelah tak perasan, ( ada ke peribahasa ni? Hentam ajerlah) nanti saya update pasal finding saya tentang hal ini yer.

Comments