Nuffnang

Saturday, December 29, 2007

Wasatiah aka kesederhanaan

Semasa di sekolah menengah, saya mengambil subjek Al-Qur’an dan As-Sunnah. Di antara banyak topic yang perlu dipelajari, ada satu topic yang amat menarik perhatian saya , ( saya tak pasti sama ada topic ini masih diajar). Topik itu bertajuk Wasatiah.

Wasatiah maksudnya sederhana. Pengertian wasatiah ialah keseimbangan dan kesepaduan dalam kehidupan bagi dunia dan akhirat mengikut petunjuk Allah S.W.T.

Saya suka sangat dengan konsep ini, sebabnya, saya seorang yang terburu-buru dan kadang kala agak boros, tapi bila ingat wasatiah dan kepentingannya, ia semacam ubat untuk saya agar berwaspada dalam tindakan saya. Contoh dalam percakapan dan perbuatan. Walau macam mana pun keadaan kita, kena berjaga-jaga, kena kawal tindakan, dan bersederhanalah. Tak rugi jika kita besederhana.

Antara kebaikan besederhana dalam kehidupan kita seharian, ialah contonhya apabila
kita tergoda nak membeli pelbagai barang menarik, tapi wasatiah atau skap besederhana mengelakkan kita menyesal di kemudain hari. Dan pula, bila kita ada sikap sederhana, kita akan berfikir banyak kali sebelum bertindak. Taklah melulu dan main hentam sahaja.

Kebaikannya ialah kita dapat menempuhi kehidupan dengan keadaan tenang kerana emosi dan jasmani seimbang. Bukankah ketenagan yang ramai antara kita mencarinya? IA juga mengajar kita merancang tindakan kita sebelum sesuatu tindakan dibuat. Ialah, bila kita tenang, kita mampu berfiir dengan waras dan tenang dan seterusny membuat keputusan dengan bijak. Dan semestinya ia akan lebih mematangkan minda kita. Lagi penting, ia dapat mengelakkan sikap fanatic dan emosional dalm tindakan kita seharian.

Rasanya, wasatiah mudah dilaksanakan dalam perbelanjaan seharian. Selalu saya baca di komik pasal perempuan yang boros. Contoh bila tiba musim perayaan perempuan sibuk nak tukar semua perhiasan dan akhirnya terperangkap dalam bebanan hutang. Tapi tak semestinya perempuan je kan yang kuat berbelanja. Lelaki juga perlu ada sikap wasatiah, kita manusia dicipta dengan kelemahan. Saling beringat itu penting untuk kehidupan kita.

2 comments:

Anonymous said...

'manusia adalah ciptaanNYA yang paling sempurna.. CUMA, yang menjadikan ianya nampak tidak sempurna (merosakkan kesempurnaan itu) adalah manusia itu sendiri'

'cara berfikir yang bijak adalah menggunakan akal / fikiran dalam membuat pertimbangan bukan mengikut emosi / perasaan'

'seseorang yang bertanggungjawab adalah mereka yang bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat'

'pentingnya networking untuk saling ingat mengingatkan antara satu sama lain'

'keterbukaan menerima dan berkongsi pendapat / pandangan serta keterbukaan memberi dan berkongsi pendapat / pandangan antara satu sama lain'

apex bomber said...

saya juga teringat sangat pada topik ini dalam pendidikan Islam - Wasatiah (kesederhanaan).sebab saya rasa benda ni bole diaplikasi dalam segenap bidang.terutamanya politik,tatkala agama dipergunakan dengan kencang sekali dalam memperjuangkan misi politikus sesebuah parti tanpa mengira demografik masyarakat