Malu punca warga tempatan tidak suka kerja am


Diambil dari Utusan Malaysia Khamis 10 Januari

Sepang 9 Jan – Kerja Berat dan malu jika terserempak dengan saudara mara adalah antara alasan yang menyebabkan warga tempatan kurang menggemari kerja-kerja am di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Pegawai sebuah syarikat penyumberan luar di KLIA, Mohd Zaki Mohammed Salleh berkata, berdasarkan pengalamannya, selain memberi pelbagai alasan, pekerja tempatan juga hanya mampu bertahan selama dua bulan sebelum menghilangkan diri.

Pelbagai alasan diberikan. Ada yang menganggap kerja menolak troli ini sebagai terlalu berat dan ada juga yang berasa malu apabila terserempak dengan saudara mara atau kawan di lapangan terbang.” Katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, walaupun syarikatnya menjelajah ke seluruh negara termasuk ke Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan khidmat pekerja tempatan, tetapi rata-rata rakyat tempatan akan meletak jawatan dalam tempoh dua bulan selepas memulakan kerja.

Perkara ini memang selalu berlaku, walaupun kami menawarkan gaji lebih tinggi (kepada kerja tempatan) berbanding pekerja asing, tetapi mereka masih akan lari.

Untuk mengatasi masalah ini, syarikat terpaksa mendapatkan pekerja asing dari luar negara dan melatih mereka untuk bertutur dalam bahasa Malaysia dan Inggeris sebelum ditempatkan di sini (KLIA), ujarnya.

Tambahnya, syarikatnya bagaimanapun akur dengan segala keputusan kerajaan walaupun agak keberatan untuk menggantikan sesetengah pekerja asing yang menunjukkan prestasi yang baik.

Beliau berkata, syarikatnya memerlukan sekurang-kurangnya tempoh sebulan untuk untuk menggantikan khidmat tenaga kerja asing dengan warga tempatan.

Dalam pada tinjauan Utusan Malaysia di KLIA hari ini mendapati pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan India menguasi pekerjaan pekerjaan di beberapa bahagian di KLIA termasuk mencuci lantai dan tandas, mengangkat bagasi dan menolak troli.

Walaupun pekerja-pekerja asing di KLIA telah diberi latihan untuk bertutur dalam dwibahasa, tetapi rata-rata mereka belum menguasai dengan baik bahasa Malaysia atau Inggeris.

seorang pekerja asing di KLIA, Cham Bahadur, 40, dari Nepal mengakui dirinya menghadapi amsalah berkomunikasi dengan orang ramai di lapangan terbang itu kerana belum menguasai bahasa Malaysia dan Inggeris sepenuhnya.

“sikit-sikit memnag boleh, tak ada masalah. Kalau terlalu susah dan saya tidak faham, saya akan minta pertolongan daripada bos saya,” katanya.

Seorang pekerja dari India, senthil, 27, pula berkata, dia lebih selesa untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana pelangannya kerana kurang fasih dalam bahasa Malaysia. Lain pula dengan Rabiul Islam, 27, dari Bangladesh yang mendakwa dirinya mampu bertutur fasih dalam bahasa Melayu selepas bekerja selama setahun sebagai tukang cuci di KLIA.

“sambil kerja saya belajar dan kini boleh memahami bahasa Melayu, Cuma bahasa Inggeris saya tidak berapa baik dan tengah belajar,”ujarnya.


Saya: teringat berorak dengan kawan dari Negara China, dia kata bahasa Melayu mudah, tapi rasanya dah lebih lima tahun dia di sini, tapi masih tak boleh cakap bahasa melayu gak.

Komen saya? Sebagai bekas penganggur, betul, kerja-kerja am memang malu. Yelah takkan ada ijazah nak kerja cuci toilet? Tapi bila fikir balik, sebenarnya,nak seribu daya, tak nak seribu dalih. , sambil kerja am boleh cari kerja lain. Jangan memilih yang penting jangan biarkan diri tak buat apa-apa. Lagi teruk kesannya nanti. Lagi pun kena fikir, keadaan sekarang dan masa hadapan. Yelah banyak duit nak guna., daripada tak buat apa-apa, sekurang-kurangnya, dapat tambah pengalaman dan ada income masuk.

Pengalaman saya. Saya pernah dapat kerja suruh cari derma. Jangan tak percaya, walau kerja cari derma, masa saya temuduga kena speaking. Dan saya dapat kerja itu. Tapi orang terdekat saya cakap jangan terima. Dan saya ikut kata-kata mereka.

Setahun kemudian, saya masih mencari kerja. Tetiba saya berborak dengan seorang perempuan, yang menguruskan masalah dalam perniaagaanya. Apa yang mengejutkan saya adalah perempuan itu mula bekerja daripada pekerjaan yang saya tolak. Dia dari agensi yang sama. Tapi dia bukan cari derma, tapi menjual talian komunikasi. Dari perempuan itu, katanya, selama setahun dia bekerja mencari pelnaggan, tapi setelah setahun, dari agensi yang sama, dia telah dapat menubuhkan perniaagan yang sama. Hanya setahun bersusah payah, dan sekarang dia mempunyai perniaagannya sendiri.

Masalah utama saya menolak pekerjaan itu adalah malu dan kurang yakin. Oh yer, walaupun kerjanya meminta derma, tapi untuk agensi besar, seperti badan kanser Malaysia dan AIDS Malaysia. Ia ada cara dan setiap pekerja diajar cara berkomunikasi dengan pelanggan dan cara untuk jadi kental apabila dimarah dan direject oleh pelanggan.

Agaknya, kalau saya terima kerja itu, saya dah ada perniagaan itu. Tak guna menyesal.

Saya belajar daripada pengalaman, jangan pandang sesuatu perkara daripada satu sudut sahaja. Kena pandang dari pelbagai sudut. Mungkin dalam kerja cuci tandas, ia akan menambahkan skill anda dalam bersabar (sabar adalah skill yang dipelajar melalui pengalaman, percayalah, sabar itu amat susah melainkan setelah dituai dalam diri anda melalui pengalaman ), skill berkomunikasi, yelah, macam mana nak cakap dengan customer yang marah—marah sebab tak boleh masuk tandas kerana tandas tengah dicuci, dan bercakap dengan orang atasan. Tengok pelbagai kerenah orang atasan, dan bestnya dapat bergaul dengan pelbagai orang. Semakin banyak perkenalan, semakin luas pandangan dan pengalaman. Apa-pun yang penting jangan duduk tak buat apa-apa.

Comments