Nuffnang

Thursday, June 12, 2008

Mudah bosan, jemu apa nak buat ye?

Adakah anda seorang yang cepat bosan? Kenapa ye? Saya pun salah seorang yang cepat bosan.

Tapi lagi bosan kalau tak buat apa-apa. Dulu masa kecil, abah saya pantang betul bila dengar saya cakap bosan. Dulu kecil-kecil tak faham, sekarang dah faham. Bosan ni kalau tak dirawat, teruk jadinya.

Kadang-kadang kerana bosan, kita akan buat perkara yang tak sepatutnya, contoh, buat prank call ke sesiapa sahaja dan lagi teruk sampai ada yang buat panggilan tipu kepada polis, bomba atau ambulans. Kan dah dosa.

Macam mana nak hilangkan bosan ye?

Bagi saya, saya akan kerap ingatkan diri saya, sapa saya, jadi saya akan cuba jauhkan diri daripada buat benda yang tak berfaedah. Tak pun, paling mudah, fikir apa yang kita nak. Bayangkan dan beranganlah seolah-olah kita dah dapat benda tu.

Eh, nanti jadi Pak jeninlah pula. Ok, baca sampai habis, bila kita dah berangan, contohnya nak dapat banyak duit, takkan berangan je, bila dah berangan cuba pula fikir bagaimana nak dapat apa yang kita inginkan. Tapi kena betul-betul inginkan apa yang kamu angankan. Bila keinginan dah kuat, mesti lebih bersemangat nak dapatkannya, maka hilanglah bosan dalam hidup kita, sebab kita dah ada matlamat, drive dan matlamat itu nanti akan membantu kita mencari jalan bagaimana nak mencapainya.

Tapi saya ada baca ’law of attraction iaitu bermaksud undang-undang penarikan. Dalam undang2 tersebut, kita hanya perlu yakin tentang keinginan kita, dan yakin kita akan dapat dengan sepenuh hati, maka tidak mustahil kita akan mendapatnya. Nampak mudah dan tak masuk akal, kan?

Saya akan kupaskan lebih lanjut pasal undang-undang ini lain kali. Bahu, tangan dan mata saya dah penat ngadap komputer dari tadi. Ja ne.

0 comments: