Sabar itu sebahagian daripada Iman

Hari ini dah masuk hari ke 5 kita berpuasa. Selamat menyambut puasa buat semua. Maaf kerana lambat mengucapkan selamat berpuasa. Saya pernah dengar yang bulan puasa adalah bulan yang penuh dengan cabaran dan rasanya betul tentang itu. Dengan tenaga yang kurang, perut berbunyi dan dahaga, kita perlu meneruskan kerja harian apalagi bertemu dengan pelbagai perkara yang mencabar hati dan perasaan, menjadikan bulan ini penuh dengan dugaan.

Jadi sabarlah yang perlu. Memang susah dan sukar, malah amat susah. Tapi perlu diingat bahwa tiada yang mudah dalam dunia ini. Tiada jalan ringkas untuk mengecapi sesuatu yang indah.

Bagaimana yer cara paling mudah untuk sabar? Saya selalu cakap, buat dek dahlah. Tapi kawan saya cakap, kita perlu ada seseorang untuk meluahkan perasaan, kerana jika tidak, boleh gila jadinya. Betul kata kawan, kerana tak baik pendam kerana nanti hati kita akan sakit dan akan mengganggu perjalanan hidup kita nanti. Bayangkan hati anda sakit kerana perbuatan atau tingkah laku seseorang, dan menjadikan perkara itu menjadi buruk ialah orang itu pula dekat dan sentiasa ada dengan anda.

Nak elak dan jauh dari orang itu tidak boleh, maka nak tak nak terpaksalah kita hidup dengan hati yang sakit dengan orang itu.

Tetapi kena ingat dalam hati bahawa Allah akan tolong kita kalau kita benar, tetapi akan sebaliknya jika kita salah. Bak kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah.

Inikan bulan puasa, lagipun sabar itu sebahagian iman.

Comments