Antara kemahuan, keperluan dan keinginan

Semua tahu, keperluan mestilah didahului, dan dipentingkan berbanding kemahuan dan keinginan, tetapi sukarnya mengenepikan godaan keinginan dan kemahuan sehinggakan kerluan yang penting diabaikan.

Kadang-kadang terasa marrah pada diri sendiri kerana tak mampu memiliki sesuatu yang dinginkan. Selalu pula perlu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dimahukan, walhal, begitulah lumrah dunia, terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang diperlukan. Lagi marah dan sedih pada diri sendiri kerana membuat kepuutusan yang salah. Maka keluarkalh perktataan, if, kalau, if, walhal, dalam Islam sendiri perkataan itu tak digalakkan.

Walau macam mana pun, semua ini mengajar saya sesuatu, saya perlu bekerja keras, putus asa langsung tiada dalam kamus saya. Saya akui, sudah terlalu banyak kesilapan saya buat, dan saya belajar darinya, agar saya terus ke depan, bukan ke belakang. Dalam usia semakin menginjak dewasa, saya mula belajar lebih banyak mengenai diri saya dan berusaha untuk memperbaikinya.

Walau apa pun, teruskan jalan, kerana sepanjang jalan nanti akan ada pelbagai pengajaran yang akan dikutip. :)

Comments

nafees said…
mmg selalu menngharapkan kemahuan, keperluan dan keinginan sentiasa dipenuhi dan diturut...kurangnya bersyukur pada yang ada.... sentiasa mengeluh pada masalah yang timbul.....setelah kehilangan.... barulah merasai... apa yang telah diberikan sebenarnya adalah yang terbaik..... cuma kurang bersyukur... hasil sifat manusia yang tidak pernah cukup.... buat diriku... terlalu banyak pengajaran tetapi tetap juga sentiasa lupa dan mengeluh... aduhai!!!