Salah keputusan

Pernah tak tetiba terasa bahawa anda membuat keputusan yang salah? Kalau tak ada, wah hebat tu. Itulah yang saya rasakan sekarang. Terasa menyesal kerana terlampau banyak buat keputusan yang salah kerana senang ikutkan perasaan. Heart over mind, yang sepatutnya mind over heart. Saya sedar, tak guna nak meratapi perkara yang sudah lepas, seperti baru sebentar tadi saya kehilangan ayat-ayat yang menarik kerana kesilapan saya. Kerana membuat keputusan yang salah, hati terasa sakit, minda terasa kusut dan badan terasa berat untuk meneruskan perjalanan. Apa yang membuatkan saya terus berjalan adalah tanggungjawab pada diri sendiri, pada agama dan pada keluaraga. Jika saya tiada kesedaran ini, mungkin saya dah collpase.

Tetapi, tak salahkan kalau merenung kembali kesilapan yang sudah dibuat? Saya tak seperti orang lain, saya hanya belajar setelah berkali melakukan kesilapan yang sama. Saya tahu saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku, dan jika sesuatu berlaku di luar kawalan saya, ketabahn dan kekuatan yang dapat membantu menghadapi keadaan itu. hmmm, tetiba stuck pula minda ni. Akan disambung setelah pulang bekerja nanti.

Comments

nafees said…
awal tahun beria-ia dan bersemangat untuk mengisi borang transfer bulan 3 nanti, tapi selepas baca luahan hati selepas pindah, sy rasa seba salah kini....mesti sy rindu keadaan di sini....kawan2 sekerja yg best...student yg ok....em tapi ingin dekat dengan family...harap tidak membuat keputusan yg silap..... tapi sbnarnya segala yg terjadi pasti ada hikmahnya....harap keputusan ini membuahkan kesedihan n penyesalan....
Masz said…
Kita bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat. Lagi pun kita memang akan buat kesilapan, jadi nak tak nak, berfikir panjnglah sebelum buat keputusan. Jangan jadi mcm saya. :(