Keluar dari kepompong

Betul tak ejaan? dahulu blog ini saya buat sebab nak cari duit, then bile tau sebenarnya tak semudah yang disangka, saya jarang update blog. Betul lah kata orang, kalau kita buat sesuatu kerana duit, memang tak kekal lama. Tapi lama-lama sedar bahawa sebenarnya saya suka mengarag. Saya gemar membaca dan sentiasa keluar idea untuk menulis, tapi kerana penyakit M, selalu menangguhkannya dan lama-lama hilang. Blog ni juga pernah menjadi tempat saya meluah perasaan tak puas hati, marah pada sesuatu. Sayangnya pada blog ni.

Sebab nama tanam anggur kerana saya pernah jadi penanam anggur. Saya tahu perasaan penanam anggur, tapi saya belajar banyak perkara ketika jadi penanam anggur tu. Antaranya yang utama, saya tak boleh mengalah. Saya perlu terus berusaha dan mestti kuatkan semangat. Hidup, tak mudah kan?

Sekarang, saya akan lebih terbuka dengan keadaan diri saya dan belajar menerima keadaan dengan hati cekal dan tabah. Walau apa pun, jangan mengalah.

Buat permulaan, pemilik blog ni, adalah seorang guru sekolah rendah. Seorang perempuan dan berasal dari Johor. Ini blog saya sebagai seorang guru : ) http://teacherwindylane.blogspot.com

Selamat berkenalan semua. (Blog ni dah hampir berusia tiga tahun, maaf)

Comments