pentingnya kenal diri sendiri

Dulu saya anggap, sesuatu berlaku kerana ia berlaku, maknanya, saya tak ada kuasa atau kekuatan untuk mengelakkanya ia dari berlaku. englishnya : It just happen", tapi ia tak sebenarnyakan. Kita Ada pilihan, nak buat atau tak, sebab itu ada pepatah mengatakan, fikir sebelum buat. Dulu saya pun suka terjah je, tapi sekarang dah semakin berusia, dah boleh berfikir. Selalu kata pada diri sendiri, tenang, tenang, tenang.

Dulu saya tak amik kisah sapa saya sebenarnya, yang penting jalan. Kini saya mula kenal diri sendiri, nak tau kenapa PENTINGNYA  kenal diri sendiri? Bila anda semakin kenal diri sendiri, semakinlah anda akan sayang diri anda. Betul, tak cuba, try.

Dulu saya sering nak mencari orang nak luahkan perasaan and sentiasa harap akan ada orang akan faham diri ini, then sekarang faham, macam manalah nak orang lain faham keadaan diri kita, kalau tuan punya diri sendiri tak faham pun perasaan sendiri. Bila dah kenal diri sendiri, tau minat and tahu apa matlamat diri sendiri dan dah mula ada fokus sendiri. Hmm, mungkin saya lambat, tapi biar lambat, tapi dapat.

Apa pun hidup kena teruskan, tapi kena teruskan dengan penuh semangat dan berjaya. :)

Comments