Bisul oh Bisul

Jeng jeng, hari ni nak kongsi tips sakit bisul. Hehehehe, terasa kelakar lak sebab nak kongsi rahsia bagaimana nak hadapi sakit bisul. Saya pernah kena bisul sepuluh tahun lepas, lepas SPM, and sakitnya amat memeritkan. Bisulnya lak kena sebelah telinga, dan kena pula waktu bulan puasa. Maka faham-fahamlah.
Dan sepuluh tahun kemudian, saya kena lagi dan di tempat yang sama. Ironic, kan? Wahhh, sakit. Masa lepas SPM, boleh tahan, sebab tak keje lagi, tapi sekarang dah keje, ada komitmen. Sepatutnya pagi ni ada program berkaitan kerja yang perlu saya pergi, tapi sebab sakit, jadi saya pun tak pegi.

Setelah mendapat MC untuk semalam, dan setelah makan ubat, tetapi penyakitnya tak juga-juga sembuh, jadi pagi-pagi dah buka internet mencarii petua untuk cepat sembuhkan bisul ni. Ada jumpa beberapa petua, dan saya akan kongsikan keberkesanannya untuk mengubati penyakit bisul ini.
Sebelum tu, emak saya citer, dulu orang guna daun keladi, tapi sebab di rumah tiada daun keladi, jadi tak leh buat. Then, saya jumpa petua ini. Buat masa sekarang saya, gunakan petua ni, walau pun bisul belum pecah, tapi kesakitan dapat dikurangkan dengan banyak. Perlu diingatkan ye, bisul ini amat sakit dan memedihkan. Pengalaman sepuluh tahun yang lepas takkan ku lupakan sampai bila-bila.

Petua pertama : MENGGUNAKAN DAUN LIDAH BUAYA.
Bersyukur sebab mak memang ada tanam daun lidah buaya, jadi bila baca di internet pasal keberkesanan daun lidah buaya, segera saya mempraktikkannya. Hasilnya, sakit berkurangan. Harap-harap pada pagi ini bisul ini akan pecah. Apa nak buat dengan daun lidah buaya ni? Ambil daun lidah buaya tu, kupaskan kulitnya, dan ambil lendir dari dalam daun tersebut dan sapukan pada bisul anda. Pada mulanya saya takut akan merasa sakit, tapi ia akan membuatkan bisul anda terasa sejuk, dan merenggangkan bahagian di sekeliling bisul tersebut. Sebabnya bisul yang terdapat pada saya ni menyebabkan kulit muka saya menegang, dan sakit, terutama bahagian leher ke ketelinga n kepala. Hasil penggunaan lidah buaya ini akan menyebabkan sakit yang berdenyut denyut itu menjadi sejuk dan dingin. Apatah lagi ditambah degan makan ubat yang dibekalkan oleh doktor.

Ini gambar pokok lidah buaya yang ditanam oleh mak saya. :)


Petua kedua : tuam dengan air garam.


  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat. 

  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.

  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.

  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti. 






credit here.

Comments