Belajarlah menghargai…


Walau sekadar senyuman, hargailah apa yang orang itu telah buat.  Dalam dunia sekarang yang penuh dengan masalah dan tekanan, bukan mudah untuk orang senyum, jadi senyumlah balik. Apa lagi kalau orang itu telah memberikan anda sesuatu. Pertolongan walau sekadar memberi nombor telefon pejabat majlis daerah, walau sekadar kata sabar, walau sekadar pertolongan sebesar bawang, hargai. Jangan sakitkan hati orang itu dengan membandingkan pertolongan yang telah diberi. Cukup sekadar berkata terima kasih. Orang tersebut akan rasa dihargai. Dalam memberi pertolongan, bukan balasan yang dicari, tetapi kepuasan dalam memberi pertolongan. Jika terima kasih pun berat nak cakap, jangan cakap apa-apa yang tidak memeberi faedah. Jangan buat sampai orang serik nak beri pertolongan.

Setiap apa jua yang kita buat, kita akan mendapat balasannya. Begitu juga dengan perkataan. Jadi, fikirlah sebelum melakukan apa-apa.

Sesuatu yang didapati daripada facebook…

Suatu hari Rasullah SAW didatangi seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya sengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasullah akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasullah SAW terus makan. Setiap kali ddengan senyuman., hinggalah habis semua limau itu.
Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi dengan ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Even Rasullah menghargai pemberian wanita kafir itu dan makan dengan tersenyum.

p/s : Rasullah menghargai pemberian wanitu itu walau tahu niat wanita tersebut. Jadi walau kita tahu pemberian seseorang itu tidak ikhlas, kita perlu menerima?

Comments