Beza rm100 pada


Beza 100 pada org pendapatan sederhana dan org pendapatan besar

Ini adalah kejadian yang berlaku pada saya. Saya berborak dengan seorang pakcik seorang kerani.
“Ala, 100 jer, tak besar mana pun”.
Manakala seorang lagi seorang kawan yang agak kaya, “ 100 tu besar tau, boleh dapat macam2…”
Hmmm, saya pun pelik. Sedangkan seorang yang kaya pun menghargai rm100, yang pakcik ni pula buat tak kisah. Pada pakcik tu saya jawab..
“100 sebulan, dua bleas bulan dah RM1200, saya boleh buat bayar duit kereta untuk beberapa bulan.

Bagi saya, saya sokong pada kawan saya , RM100 tetap duit dan saya boleh dapat macam – macam  dari wang itu.
Teringat pula saya berborak dengan seorang kawan cina, yang bagi dia, rm1 tu pun berharga.

Maksud saya di sini, ada perbezaan antara kedekut dan menghargai. Kedua-kedua kawan yang menghargai duit walau seringgit itu tidak kedekut belanja saya makan, tapi berjaga-jaga dengan kewangan mereka. 
Manakala ada sesetangah pula walau RM100 tak kisah diboroskan begitu sahaja, tapi kedekut dengan manusia lain walau rm1. Saya tidak merujuk pada pak cik itu. Kalau anda pernah baca kisah orang kaya, (tidak semua) konsep memberi pada mereka amat penting, sebab bagi mereka the more they give, the more they getting it back. 


Comments