Nuffnang

Wednesday, January 9, 2013

keadaan dah berubah

Saya anak orang felda. Duduk rumah ada tanah, dan janji pada diri sendiri bila dah besar nak ada rumah bertanah juga. Tapi keadaan dah berubah sekarang ni, rumah bertanah amatlah mahal. Untuk itu saya bersyukur dibesarkan dalam keadaan yang sungguh selesa. 

Tapi sekarang, semua mahal. Memang perlu merancang dan berusaha untuk mendapat apa yang diingini. Bukan suatu yang mustahil. Sedangkan abah mampu bekerja di ladang dan akhirnya ada rumah yang selesa. Ia, apa yang saya inginkan, saya mampu dapat tetapi perlu bekerja kuatlah. Bijak juga perlu. 

Tapi dalam keadaan sekarang, dengan dengan terlalu banyak pengaruh, susahnya nak capai apa yang diingini. Yer, semakin hari cabaran terlalu banyak, dan keadaan memang dah amatberubah

0 comments: