Seronoknya berjalan

Sudah beberapa hari melepasi tahun 2013, dan sampai ke hari ini, saya masih lagi teringat betapa seronoknya tahun 2012. Tahun yang amat mencabar, tetapi dalam masa yang sama, teramat hebat dan seronok. Terlalu banyak perkara yang terjadi yang saya sendiri tidak sangka saya berpeluang melaluinya dan merasanya.

Perkara yang saya rasa paling seronok telah terjadi pada saya adalah melancong ke Beijing. Satu perjalanan yang terjadi melalui perbincangan bersama kawan baik yang akhirnya dizahirkan. Dan ia menjadi satu kenangan yang amat indah.

Saya orangnya tidak suka berjalan. Kenapa perlu, sebab saya selalu berjalan dan berpindah. Sejak sekolah menengah, saya telah merasai hidup luar dari rumah dan apabila saya berusia 29 tahun, saya kembali ke rumah mak abah saya. Itu pun kerana perpindahan tempat kerja. Berjalan memerlukan banyak perkara, nak fikir apa yang perlu dibawa dan wang. Tapi rupanya kerana banyak pergi berjalanlah mendewasakan saya. Membuka mata saya kepada banyak perkara. Satu perkara yang saya tidak hargai sebelum ini. Betullah kata orang, banyak berjalan, luas pandangan.

Pertama kali berada di negara orang, wah, terasa lain rasanya. Anginnya berbeza dan keterujaan begitu meninggi. Saya pernah ke Singapura beberapa kali, tetapi tidaklah rasa begitu pelik, sebab udara lebih kurang sama jer dengan udara di Johor... (saya orang Johor). Semasa kami sampai, cuaca begitu dingin dan sejuk. Kemudian lainnya persekitaran. Melihat orang negara China seperti dalam drama China dan mendengar sendiri mereka berbahasa Mandarin, kerana bahasa Mandarin mereka lain daripada kita di sini. Memang ia membuka mata saya.

Kalu orang lain, mereka suka bergambar, tapi saya tak. Saya lebih suka merasai suasana dan mengahayati keadaan di sana ( hihihi, macam bagus jer), tapi betul, itulah saya. Saya juga lebih gemar mengambil gambar suasana. Ada satu kejadian pelik mengenai kamera semasa saya di Tembok Besar China. Kamera saya, Canon S95, tetiba kehabisan bateri sedangkan saya telah charge bateri sebelum itu. Memang pelik. Agaknya kamera saya tak tahan sejuk. Tetapi apabila balik hotel, kamera berfungsi dengan baik. Memang sedih sebab tak dapat ambil gambar dengan banyak.

Ada beberapa pengalaman menarik sepanjang saya di sana. Semasa di Tembok besar China, saya tidak mampu nak panjat sampai ke atas. Dengan baju berlapis dan tetiba tenaga hilang, jadi saya saya hanya mampu mendaki sedikit sahaja. Agak terkilan. Kemudian, saya berjalan seorang diri di kawasan tersebut. Masa tu, kamera masih berfungsi, jadi saya dengan memberanikan diri meminta seorang wanita mengambilkan gambar saya. Walau wanita tersebut tidak mampu berbahasa Inggeris, tetapi, dia bersetuju. Siap ambilkan gambar saya dari pelbagai arah. Wanita itu pula seolah menjadi photographer untuk saya. Wanita tersebut juga amat hebat. Sebabnya dia berjalan di tembok besar China tersebut dengan memkai kasut tumit itnggi yang runcing. Sedangkan saya tidak mampu untuk bertumit walau jalan biasa. Wah, memang mengagumkan.

Wah, rasanya banyak lagi pengalaman hebat yang saya temui semasa di sana. Pengalaman ke sana menjadikan saya ingin lagi berjalan. Walau ia hanya tempoh yang singkat, tetapi seronok. Ia membuka mata saya dengan pelbagai situasi yang menyeronokkan. terima kasih, Naf sebab pergi bersama saya.

Gambar ini Pakcik Beca ... baik sungguh Pak cik ni melayan saya yang bertanya... walau pun yanga saya boleh tanya ' Ni hen lei Ma - ( awak penat ke? ) - heheheheh


Comments