Bila tak mampu

Kadang-kadang selalu jumpa benda yang nampak best, cantik danmenawan dah hati kata nak, tapi hakikatnya tak mampu.

Apabila melihat orang lain yang mampu membeli dan memakai barang mewah dan hati pun kata nak, tapi tak mampu.

Terjadi pula apabila diri terasa rendah kerana memakai barang lama, walhal sudah ramai yang memakai yang baru, ikut peredaran masa, tapi kerana tak mampu ....

Masalahnya, tau diri sendiri tak mampu, tapi tetap ada kemahuan untuk memilikinya. Ia boleh jadi nak suami hensem, nak rumah bungalow, nak kereta four wheel drive ( ini saya), tapi bila ukur baju kat badan sendiri, memang tak layak, sebab tak mampu.

Dalam law of attraction ( undang-undang penarikan), kita boleh memilikinya, tapi ada cara dan sabar. Kata kunci di dalam undang-undang ini adalah sabar, yakin dan berusaha. Bukan mudah juga, sebab usaha yang perlu dijalankan perlukan disiplin dan keyakinan diri.

Tapi sekarang, nak benda tu, dengan cepat. Nak kurus cepat, nak pandai cepat - berita gempar, bila cepat benda tu datang, cepatlah benda tu hilang.

Jadi, bila tak mampu, sedarlah diri wahai hati dan  minda. Mungkin bukan sekarang. Sabarlah. Terimalah apa yang ada dengan hati penuh kesyukuran. Sebab ramai lagi yang di lura sana serba kekurangan.

Comments