Kenapa perlu kerja dengan betul, kuat dan bersungguh-sungguh



Realitinya dalam hari ini, semua barang mahal, semakin ramai orang pandai dan persaingan sungguh sengit. Jadi, untuk ke hadapan, memang perlu bekerja bersungguh-sungguh dan bekerja kuat. Hendak dapatkan apa yang dihajati, jadi perlulah bekerja, bukan meminta supaya apa yang diingini diperolehi. Tiada benda yang senang dalam dunia ini.

Senaraikanlah segala hutang, dan keinginan yang diingini. Mampu ke untuk dihabisi hutang yang ada? Mampu ke untuk mendapat apa yang dihajati? Susah kan?

Memang ada cara yang mudah, tapi kata orang, senang dapat, senang pergi. Jadi, tiada yang senang. Tapi bagi yang selalu dapatnya dengan mudah, tahniah, tapi ada juga pendapat orang, hanya langkah pertama paling susah, tetapi jika dah teruskan, ia jadi semakin mudah. Apa yang penting adalah langkah pertama tersebut.

Kadang-kadang pula terjadi, terpaksa memulakan langkah pertama berkali-kali. Kerana tiada fokus atau cepat putus asa, dan palig bahaya, cepat bosan. Ini adalah cabarannya. Cabaran yang paling susah adalah datangnya dari diri sendiri, sebab tu ada hadis mengatakan orang yang paling berjaya adalah orang yang dapat mengawal dirinya, mengawal nafsunya. Maaf, saya lupa hadis mana.

Jadi, kita perlu bangun dan fokus. Sebab, kalau lambat sangat, semakin lambatlah kita nak mencapai cita-cita yang diinginkan.  - Tapi ingat, kita tak pernah lewat untuk memulakan sesuatu. Yang penting mula. :)
Ini adalah bebelan pagi-pagi oleh saya. :)

Comments