Buat jerlah apa yang termampu

Dalam otak ni, rasanya ada macam-macam nak buat, tapi, rupanya, tak mampu.

Kagumnya dengan orang yang mampu buat pelbagai benda, sanggup korbankan itu ini demi mecapai cita-cita dalam hati. Push the limit, I guess. Atau orang kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kemahuan itu tinggi, tapi, kemampuan tak setinggi mana. Setelah menyedari kelemahan diri sendiri, rasa syukurlah dengan apa yang ada sekarang ini.

Sekurang-kurangnya, saya tahu saya telah berusaha sedaya mampu saya dan dek kekangan yang kebanyakan datang dari diri sendiri, cukuplah setakat ini.

Boleh sambung lain kali. :)

Comments