Jom Jana Pendapatan Tambahan dengan berkongsi ruang rumah

Selalunya, apabila pergi mana-mana, kita akan mencari tempat penginapan yang murah, seperti homestay dan guesthouse, berbanding hotel, sebab bilik hotel tak mampu nak memuatkan ramai-ramai orang dalam sesuatu masa....

Tapi, tahu tak, kita pun boleh buat sewakan ruang rumah kita, walau hanya bilik kepada tetamu, melalui AIRBNB? Kata kawan saya, perkara sebegini biasa di laur negara, tapi saya tak pasti ... sebab jarang ke luar negara kan ...

Selalunya, kita menyewakan sesebuah rumah kan kepada tetamu?

Jika anda ada ruang atau rumah lebih, dan tiada penyewa atau tak mahu sewakan, lebih baik anda jadikan ia rumah tamu, atau guesthouse atau homestay dan jana pendapatan melaluinya ....

Memang bukan mudah, dan penat, tapi, memag itulah caranya, jika tak bekerja keras, memang tak dapat apa-apa ...

Beza sewakan rumah melaui AIRBNB adalah ia mudah, dan penggunanya pun ramai. Bayaran akan diterima oleh tuan rumah sehari selepas kemasukan tetamu ke rumah tamu tersebut, dan terus di bank in ke akaun ... cuma, bergantung kepada bank bila ia akan masuk ke akaun kita. ..

AIRBNB pun tak cas kita apa-apa cas untuk pengiklanan, semua cas akan ditoalk daripada bayaran yang dibuat oleh tetamu . AIRBNB adalah seperti orang tengah antara tetamu dan tuan rumah.

Jadi, jika anda ada ruang untuk dijadikan bilik atau rumah persinggahan, jangan lupa daftar dengan AIRBNB yer ...






Comments