Konsep rezeki oleh Hamka

Rezeki oleh Hamka

Dipetik daripada FB ABE Nazz
 
Hamka, seorang ulama dan sasterawan Indonesia pernah berkata...

  -Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nakkan, tapi pabila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.



Kamu tengok pula sirah Saidatina Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.


Allah hantar Nabi Musa ke istana Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka

Allah menghantar Nabi Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak dan isterinya sendiri derhaka dan enggan menerima dakwah baginda.

Makanya, pelajari lah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh! Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.




Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti.




Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu dan ini, kamu kena faham dahulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.




Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh berbahagia.



Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharungi rasa kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.




Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah kurniakan.


Kamu hanya akan bahagia sekiranya kamu terima pemberian itu dengan penuh redha.



Semoga nasihat Hamka ini bermanfaat. Until Then, Marilah Kita Bersyukur dengan Rezeki Yang Dikurniakan Kepada Kita Selama Ini dan Hari Ini

Comments