Setiap manusia itu berbeza


Setiap manusia berbeza … berbeza daripada pelbgai aspek … fizikal, rupa, emosi, mental,
dan manusia pun nak kelihatan unik, berbeza, tak nak sama … kalau nak sama, nak sama dengan orang yang mereka suka, yang mereka hormati …

Begitu juga dengan anak murid, setiap mereka mempunyai kemahiran berbeza, ada yang cepat tangkap apa yang cikgu ajar, ada yang akan ambil masa … ada yang memang slow learner …

Tapi persamaan antara manusia pun banyak, kita perlu udara untuk bernafas, air untuk minum, makanan untuk makan, rumah,  tv, telefon … tapi yang membezakannya adalah kemampuan untuk tahap menikmatinya, adakah sekadar ala kadar atau bermewahan, dan tentunya manusia mahukan yang mewah ..

Dan manusia juga sama dalam keperluan keasih sayang, kawan, kebaikan, kerana kalau dapat yang sebaliknya, kita akan sedih, murung, dan menjadi lebih tertekan …

Dan  apabila manusia disuapkan dengan sifat sayang menyayang, bantu membantu, saling hormat menghormati saling menerima, manusia akan lebih bahagia, dan tidak terasa nak menunjuk pandai, menunjuk lebih …

Jadi raikan perbezaan,jangan pandang diri lebih baik daripada orang lain..


Comments