Jom belajar kukuhkan kewangan ...

Hari ni, saya dapat mesej dari rakan sekerja untuk meminjam duit ... dan ini bukan kali pertama, dan telah banyak kali juga ...

Kami rakan sekerja, cuma dia seorang suami yang mempunyai tanggungan, dan isteri bekerja dari rumah sebagai penjaga anak-anak ....

Sebab saya tiada tanggungan, jadi saya tidak sesesak seperti kawan yang hendak pinjam duit ini, tapi, saya belajar banyak perkara tentang duit ...Mengenali kawan ini, dia membuat hutang peribadi yang banyak masa muda, dan bila bertanya mengapa, dia kata, ikut macam Nora Danish ' Kita enjoy dulu' ...

Akibatnya, kawan ini menanggung hutang peribadi yang banyak, dan dia kata hutang ini akan habis apabila dia pencen kelak, iaitu ada lagi hampir 15 tahun lagi, ketika usia menjejak 60 ....

Pengajaran ini memberi ilmu kepada saya, tentang kepentingan untuk saya menjaga kewangan saya ... kerana kita tak tahu bila kita akan dilanda kewangan ... Maka, saya menyeru kepada diri sendiri dan yang sudi membaca blog ini, jom, kukuhkan kewangan .....

Nak ikutkan, saya dah baca banyak cara untuk kukukan kewangan, dan banyak terma yang saya tidak faham ... tapi, yang ini saya faham ....

1. Pastikan mempunyai simpanan kecemasan sekurang-kurangnya TIGA bulan gaji ....

Jadi, sebelum kita bagi pinjam duit pada orang, sebelum memulakan apa-apa pelaburan, sebelum tempah percutian, pastikan kita mempunyai paling tiga bulan gaji sebagai simpanan kecemasan ...

Buatlah bagaimana pun, tapi ini sangat penting ... Jadi bagaimana nak simpan ....ada yang buat simpanan tabung lah, buat budget lah, dan macam-macam cara lagi ... tapi bagi saya ... saya akan cuba kurangkan perbelanjaan tidak perlu ....percayalah, ia sangat susah ... tapi, hati mesti kental, kalau tak, anganan dan impian hanya akan tinggal impian sahaja ...

Sebab saya pun tengah berusaha untuk mempunyai simpanan tersebut, maka saya tulis dan letak impian saya itu di dinding ... sebagai peringatan saya hari-hari untuk mendapatkan impian tersebut ...


Comments