Rasa itu lebih kuat penangannya


REALITINYA, ORANG TAKKAN INGAT APA YANG ORANG CAKAP, TAPI ORANG INGAT APA YANG MEREKA RASA …

Kerana itu, apa yang kita cakap akan mudah dilupakan, tapi apa yang kita buat orang rasa akan diingati …

Begitu juga dalam pendidikan, pengajaran, pembelajaran

Ada pelajar yang akan ingat dengan mudah apa yang dipelajari, tapi ada pelajar memang menghadapi kesukaran untuk ingat … tapi kerana sistem berpaksikan peperiksaan pelajar perlu mengingati formula-formula pendidikan, yang entah berguna atau tak pada mereka .. tapi kerana mereka perlu lulus periksa, pelajar ini perlu ingat, perlu faham …

Masalahnya, manusia perlu mengikut peredaran zaman … perlu menerima perubahan, perlu bergerak sama dengan peredaran zaman, tapi, dengan kos yang sangat tinggi … kos kesihatan mental, ketenangan hati, kos kekuatan fizikal ..

Dahulu, keadaanya, let the nature takes it course … kita bergerak mengikut ke mana kaki menuju, tapi kini, kita perlu sentiasa belajar dan meningkatan kekuatan diri, dari segi ilmu, emosi dan fizikal … tambahan pula dengan pengaruh dari keliling, menyebab kita ikut sama seperti yang dibuat orang lain, walau perkara tersebut sesuatu yang tiada keperluannya …

Ini menyebabkan kehidupan menjadi sangat mencabar, sangat demanding dengan pelbagai keperluan yang perlu dipatuhi dan dipenuhi …

Kalau tidak dapat dipenuhi, diri akan kelihatan seperti tertinggal kapal, dan bergantung pada individu, ada yang tidak kisah, tapi ramai yang kisah jika tertinggal kapal …

Pepatah melayu ada mengatakan, ukur baju di badan sendiri …  buatlah sesuatu ikut kemampuan sendiri, dan jangan terikut dengan joneses, kerana secara realitinya, akan sentiasa ada yang lebih kaya, lebih cantik, lebih hebat … tak mampu nak sentiasa mengikut perkembangan semasa …

Jadi, sebagai hamba manusia, kita  perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada … dan dalam masa yang sama berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri …

p/s ... sebab manusia akan ingat apa yang mereka rasa, bukan mereka dengar, maka sebab itu teknik bebelan, tak berkesan ... Ingat tak dahulu, mak bebel, tapi tak jalan pun, tapi bila abah ... segera lari apa yang disuruh .. sebab kesan penangan tangannya ...


Comments