Kerana berjalan sendiri itu lebih mudah .....

Bila berjalan sendiri, tak perlu kisahkan perasaan orang lain, kerana tak semua akan berstuju dengan jalan yang dipilih, akan menyukai keputusan yang dibuat ... Tak setuju tak apa, tapi menjatuhkan lagi, dan aku bukanlah seorang yang kuat untuk membangkang pendapat orang yang tak bersetuju dengan aku ...

Bukan bermakna hanya kerana kamu berani bersuara, kamu itu betul, kata-kata kamu perlu didengari, tidak, semestinya dan apabila orang tidak bersetuju dengan kamu, maka kamu ejek dia, pulaukan dia, sakiti hati dia .... Kalau orangnya macam kamu yang tidak kisah bercakap, kita akan bergaduh, bergaduh mulut ... Tapi, aku bukan orang macam itu ... Aku tiada kekuatan untuk bersuara ... Kekuatan aku hanyalah memendam perasaan ....

Maka aku memlilih untuk berjalan sendiri, membawa diri dan mengasingkan diri kerana itu lebih mudah, dan aku tiada kekuatan untuk menghadap pandangan mata yang memilukan ... Kerana aku dibesarkan dengan memendam itu lebih baik daripada meluahkan ...

Ada kebaikan orang yang biasa bercakap, tanpa berfikir, kerana mereka ini tidak menyimpan dalam hati, tanpa fikir perasaan orang lain, dan untuk orang seperti aku, aku lebih rela untuk mengelak daripada menghadap, padahal, tindakan itu adalah salah ...

Masalah perlu dihadap, bukan lari daripadanya ...

tetapi, bukan semua orang mampu menghadap masalah, maka lebih baik buat sesuatu yang baru, yang memberikan pulangan yang baik, daripada menghadap sesuatu yang menyakitkan hati

Comments