Banyak perkara di luar kawalan kita

Seronoknya jika apa yang dirancang menjadi tanpa perlu menghadap kesukaran, kesilapan, kekeliruan, dan rancangan akan menjadi sangat lurus, licin, dan perancangan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tapi, bukan semuda itu kehidupan. Manusia hanya mampu merancang, Tuhan juga penentu kejayaan atau sebaliknya. 

Had kemampuan manusia sangat terhad, sedangakn diri terasa sudah melakukan sehabis baik, semampu yang diri boleh, tapi rupanya, tidak semuda itu untuk menerima apa yang dirancang. 

Ruapnya tindakan yang selama ini dibuat kerana rasa kasihan, disalah anggap tidak ikhlas. 

Rupanya, selama ini mengasingkan diri kerana untuk mengelakkan konfrontasi dan persengketaan dijadi topik sindiran dan umpatan dan bawangan, yang akhirnya mengeruhkan keadaan. 

Rupanya tindakan selama ini memperbaiki diri tidak disenangi oleh pihak sana yang lebih suka melihat diri sengsara dari bahagia. Walhal apabila diri sengsara bukannya akan ditolong pun. 

Rupanya semua bantuan yang diberi, seperti mencurah air di daun keladi ... 

Sedihnya diri ini disalah anggap. Rupanya selama ini apa yang ditolong tidak dihargai pun, walau sekecil-kecil usaha apa lagi yang besar. Tapi siapakah aku untuk menyatakan hati kamu busuk, wahai manusia. 

Kerana itu, sedarlah banyak perkara di luar kawalan kita, Apa yang orang fikir, rasa dan pilih untuk percaya, di luar kemampuan kita untuk kawal, jadi usah beratkan otak, minda dan hati daripada memikirkan hal-hal yang bukan di dalam kawalan kita. Yang boleh dikawal adalah hati dan diri sendiri, minda sendiri, bukan orang lain. 

Sekiranya jika sudah tidak mampu memikir, dan hati terasa sakit, maka jauhkanlah diri daripada keadaan itu. Usah menyeksakan diri dengan perkara yang menyesakkan hati dan menyakitkan hati dan minda. Dunia ini luas untuk diterokai dan dinikmati daripada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sesungguhnya yang Maha Esa Maha mengetahui keadaan sebenar dan Yang Maha Esa maha adil dan pengasih. Dia pasti tidak akan membiarkan diri keseorangan dalam menempuh masa-masa sukar ini.

Comments