Hidup seadanya

 Dulu selalu nak barang cukup, sentiasa fikir apa barang nak beli, sentiasa rasa ada sahaja keperluan yang tak cukup, sentiasa membeli, skroll shopee dan alzada, memang menjadi hobi dan kebiasaan ... tetapi rupanya, sikap ini salah. 

Seebnarnya, apa yang ada , memang cukup untuk diguakan, tak perlu nak sentiasa mencukpi, sentiasa lengkap, sebab itu tak mungkin berlaku, kerana akan ada sentiasa kekurangan yang nak dipenuhi. Kalau dah ada baju waran biru, nak warna hijau, kemudian, hitam, kemudian ... dan kemudian itu akan sentiasa bertambah, tak pernahnya nak mencukupi. 

Kemudian, aku terbaca tentang minimalis, dan simplificatrion, dan aku tertarik....

Meminimakan kehendak dan belaajr untuk hidup dengan kurang (less), menyebabkan aku menumpukan apa yang aku ada dan hidup dengan apa yang aku sedia ada.. Tak perlu menambah barang yang akufikir, aku mungkin perlukannya satu hari nanti .. Aku belajar hidup dnegan menggunakan apa yang ada. 

Dan akibatnya, aku memberi barang yang aku tak tidak guna kepada orang yang nak, dan akibatnya, almari aku sudah tidak seperti dulu, sudah tidak sepenuh dahulu, dan ia membuatkan aku raa lebih tenang, dan senang. Bilik aku pun dah semakin kurang barang, tapi, masih ada banyak lagi barang yang aku ingin kurangkan. 

Hidup seadanya, gunakan apa yang ada, sebenarnya untuk mengurangkan kerisauan aku terhadap keadaan keliling dan menjadikan persekitaran aku selesa.

Comments