Menulis itu terapi

 Hari ini, ada terbaca yang menyatakan salah satu cara untuk menjadi lebih baik dan berjaya adalah dengan menulis... Menulis diary atau jurnal ... Kerana apa yer ia bagus? Mungkin ia bagus untuk diri penulis menilai kehidupan harian dia dan menjadikan dia menyedari keadaan dirinya sendiri....Kan selalu kita dengar, tak sedar diri, pandai jer cakap ... mungkin sebab dia memang tak sedar apa yang dicakap, dan ikut sedap mulut jer, jadi dengan diary, atau jurnal, dapat menyedari keadaan diri. 

Dulu, aku suka menulis, suka mengarang, tapi entah sejak bila, minat itu hilang, dah tak ada keinginan untuk menulis lagi. Padahal dulu blog ini dibuat sebab aku gemar menulis, tapi mungkin sebab hidup, aku tak mampu menulis dan mengarang. 

Kata orang, kalau nak jadi penulis, kene membiasakan diri dengan menulis, jadi, aku akan cuba untuk mneulis balik. Kalau nak jadi penulis pula, perlu orang lain baca hasil tulisan kita dan dinilai oleh mereka akan standard penulisan ini ... tapi aku tak berani lagi .. Aku cuma nak cari cara untuk mengeluarkan idea dalam otak ini , agar rasa tak terbeban, dan menjadikan ia satu terapi diri ....

Cukup kot untuk hari ni...

Comments