Rumah yang ringkas

 Bulan ni, aku masuk ke rumah yang telah aku beli ... huhuhu, harganya boleh tahan juga, dua kali ganda daripada ketika ia mula-mula dijual .... 

Aku tak tahu tentang hartanah dan bagaimana kitaran harga rumaH itu terjadi, yang aku tahu dan faham, aku beli rumah ni, sebab aku dah rasa perlu dan boleh lah nak menampung bayaran bulanan. 

Aku tak punya budget yang besar untuk masuk rumah, jadi, aku guna sahaja modal yang aku ada dan akan mampu bayar ( a.k.a, ada yang guna kredit dulu - tapi aku pastikan akan bayar habis sebelum kene bunga) .... 

Kalau ikut keinginan dan nafsu, mahu sahaja aku beli barangan yang mahal dan cantik, tapi kerana poket aku tak mampu, maka aku beli yang aku mampu dan perlu. Sedayanya aku cari yang murah. Maka, shopee dan lazada menjadi peneman setia selama dua bulan ini. Kini rumah dan ok. 

Tapi, kemahuan manusia tak ada hentinya, kan ... Ada jer yang tak puas hati, ada jer yang kurang. Itu yang aku rasa. Rasanya mahu sahaja aku tambah barang, beli barang lagi, tapi kerana poket ku yang tak mampu, maka aku perlu tutup mata. 

Tapi setelah hampir 40 tahun aku hidup ni .. ( umur 40 tahun baru nak merasa tinggal rumah sendiri .. sebab sebelum ni, tinggal dengan mak abah) ... aku perasan aku suka minimalist ... x perlu banyak barang, tapi perlu yang sederhana sahaja.... Aku guna konsep,  ' less is more'...

Mak aku dulu suka simpan barang dan sayang bagi dia untuk melepaskan, tapi sekarang banyak barang dia nak bagi atau buang. Rumah yang aku masuk ni pun, banyak juga barang yang mak aku bagi. Alhamdulillah, aku dapat berjimat duit daripada membeli barang-barang itu, walau ada barang yang diberi dah berusia berpuluh tahun.. Tak apalah, asal ia masih elok dan boleh guna. 

Tapi, keinginan manusia sentiasa nak lagi. kenapalah otak aku masih memikir,  'how can I make things place better? .. bagaimana aku boleh buat ruang ni lagi baik? Mungkin aku kene tambah ini, beli itu, beli ini, padahal, keadaan sekarang dah ok jer ... huhuh, ini adalah nafsu yang aku perlu lawan. 

Buat masa ini, cukuplah barang yang aku ada kini. Aku tak perlu tambah, kerana keinginan itu akan sentiasa ada. Aku perlu belajar berasa cukup dan jimat duit. Perlu ukur baju dibadan sendiri dan tak perlu buat hutang lain yang tak perlu. 

Maka, aku akan guna konsep rumah yang ringkas, tapi selesa .. tak perlu banyak barang hanya semata untuk merasa lengkap. Apa yang ada sekarang sudah cukup dan tak perlu untuk menambah barang yang tidak perlu.

Comments