Apabila umur hampir ke 40 an ....

 Setelah kerja berbelas tahun, belajar berpuluh tahun, tetiba rasa sangat penat .. tetiba rasa nak pencen awal, rasa nak duduk rumah sahaja ... tak mahu nak hadap manusia, menghadap dokumen dan perkara-perkara yang perlu dibuat ....

Bila ini berlaku, mungkin sebab personaliti diri yang menghadapi masalah keyakinan diri, dan jenis yang nak buat kerja dengan baik, tapi rupanya, tak lah berapa bagus sangat  pun ...Tetiba rasa, bestnya kalau dapat buat perkara yang disukai dan ada kewangan yang kukuh. 

Tapi sekarang berhuhuhu sahajalah ...

Pernah aku menghadiri satu bengkel kerja dan pegawai yang membuat pembentangan mengatakan begini ' kerja sebab nak bayar hutang' .. kalau tak ada hutang, rasanya dah bersara awal ... sedih apabila ingat hal ini. 

Sebab ini pun menjadi punca aku kerja ni, sebab nak bayar hutang dan komitmen diri yang banyak ... lagilah harga barang mahal, rumah pun mahal ... dan nafsu diri yang nak makan sedap, berjalan, maka hadaplah kerja ini... 

kalau aku boleh bagi nasihat pada diri aku yang lama, buatlah simpanan sebanyak sebanyak nya ... belajar lah menyimpan, melabur di tempat yang betul dan jangan mudah terpengaruh dengan sekeliling, media, kawan, sedara , .. sedar diri tentang kepentingan sendiri sebab akhirnya, diri yang perlu menghadap semua ini. 

 


 

Atas kesedaran ini lah, aku sedar diri dan hanya berbelanja apabila ada sale. Orang kalau sale, asik fikir shop- - - kan, padahal ada jer tempat alternatif lain yang sama bagus. 

 https://c.lazada.com.my/t/c.c9QpZR



Comments