Cerpen pendek : Kerana emak tak cantik

 Disclaimer :

Saya sedang mencari hobi baru. Sedang mencuba untuk menulis sebagai terapi diri. Menulis perlu kepada latihan yang banyak, maka saya jadikan ruang ini untuk mengeluarkan hasil saya. .. Cerita ini hanya rekaan, hanya sekadar cuba-cuba untuk mengasah kemahiran menulis. 

______________________________________________________________________________


Pada suatu pagi di hari Selasa, Ana yang baru pulang daripada kelas pre-school nya, bertanya kepada emaknya … “Emak, kenapa kat rumah kita tak ada gambar perkahwinan emak?”

“Eh Ana, kenapa tetiba tanya ni?” Ana pun menjawab “sebab cikgu kat sekolah suruh tengok gambar perkahwinan emak dan ayah pelajar, dan kemudian, Afiq kata, kat rumah dia ada bayak gambar perkahwinan emak dan ayahnya, “ …

Ana hanyalah berusia lima tahun, dan apabila dia bertanya soalan ni, aku tak mampu nak jawab …

Aku ada gambar perkahwinan  tu, ada banyak, malah aku juga telah mengupah fotografer professional untuk mengambil gambar perkahwinan ku, tetapi, aku sendiri tidak mampu nak melihat gambar-gambar itu, kerana bagi aku, aku tak cantik. Kerana itu, gambar itu terperap dalam folder di computer dan google drive ku dan di album perkahwinan di bahagian yang sukar dicapai.  … dan aku pun tidak menggantung gambar itu di dinding seperti orang lain.

Tapi, takkan lah aku nak cakap pada anak aku, yang emaknya tak ada banyak gambar perkahwinan sebab rasanya dirinya tak cantik.

Apa aku patut jawab pada si comel ni?

Ana, ko masih kecil untuk faham keadaan emak.

Dua puluh tahun lalu … semasa emak di bangku, emak berada di sekolah menengah. Emak selalu sendirian. Emak tak banyak kawan. Emak ni, anak kedua daripada dua beradik dan yang sulong anak lelaki. Jarak emak dan pak cik kamu besar, lebih tujuh tahun. Jadi, hubungan kami tak rapat. Atok kamu pula mendidik emak seperti anak lelaki … dan kerana itu emak kelihatan seperti jantan, dari segi kelakuan dan perangai, padahal, emak kamu ni, lembut hatinya.

 

Emak pun teringin nak cantik, tapi entahlah, keyakinan emak tak tinggi.

Emak pula gemuk dan rendah. Jadi, emak malu nak berkawan dengan kawan-kawan yang lain … Masa tu pula, banyak geng-geng dan mereka yang cantik, bergaya, dan kaya akan ramai kawan, Yang tak cantik, dipinggirkan.

Atok pun bukan orang kaya, jadi, emak pakai sahaja apa yang ada, dan emak pernah ditawakan sebab memakai baju nenek kamu ….

Tapi emak tak kisah, walau sedih, walau terasa… emak teruskan belajar seperti biasa. . Walau emak tak ramai kawan, emak kuatkan hati jalan sorang-sorang, belajar sorang-sorang. Tebalkan muka bila orang kata yang tak sedap didengar.

Sekarang umur emak 35 tahun. Alhamdulillah, emak ada kamu, ada suami yang baik dan pekerjaan yang baik. Hidup pun dengan sederhana yang sangat selesa. Kawan-kawan emak yang lain berkahwin semasa awal 20 an, dan emak kahwin semasa usia akhir 20an. Walau dikira lambat, emak bersyukur dengan kurniaan ni …

 

Huhuhu, kalau lah aku mampu cerita semua ini pada anak aku ni.

 

‘Ok lah, Ana, nak tengok gambar perkahwinan abah dan emak yer, sini emak tunjukkan album perkahwinan kami yer’

 

“Yeahh” Ana menjerit dengan gembira …

‘Jom, duduk sini …”

Ana dengan tekun melihat album perkahwinan ku yang ku letak di bahagian paling atas di rak buku di tepi dinding di ruang tamu” ..

 

”Wahh, cantiknya emak … cantiknya emak “ … berulang kali ayat itu keluar dari bibir comel anak aku …

Ya Allah sebaknya aku. Anak aku kata, emaknya cantik, sedangkan emak nya sendiri selalu fikir dirinya tak cantik ….

 

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku anak ini, rezeki aku dan suami. Dialah penyebab aku senyum dan gembira sejak dia hadir.

“Ana, emak cantik yer. Terima kasih yer” ..

Ana hanya mengangguk sambil ketawa.

 

Comments