Kenapa suka menyendiri

 *Watak utama dalam cerita ini adalah iza. Ini adalah cerita rekaan semata, tak ada kene mengena dengan sesiapa. Kalau ada persamaan, itu hanyalah secara kebetulan*

Iza suka menyendiri, makan sendiri, buat kerja sendiri. Ramai pelik mengapa dia suka benar menyendiri. Tapi, Iza bukanlah pendiam, kerana kalau bersama dengan orang yang dikenalinya, dia menjadi peramah. 

Tapi, walau Iza seorang yang suka menyendiri, dia jalankan kerja dia, sendiri. Ramai tak tahu mengapa Iza jadi begitu. 

Iza anak tunggal, masih mempunyai ibu bapa, dan dia dikasihi oleh mereka. Tapi kerana pengalaman lampau, kerana persekitaran, Iza membesar menjadi seorang yang suka menyendiri. 

Bagi Iza pula, dia cemburu melihat kawan sekelilingnya yang mampu dan senang berbicara dan bergelak ketawa dengan mudah. Iza pula sangat berhati-hati dalam berbicara. Bukan sebab dia rasa dirinya baik, tapi kerana dia tak pandai berbuat begitu. 

Setiap manusia itu berlainan, maka perlu raikan perbezaan. Walau Iza seorang pendiam, dia masih boleh bergaul dengan baik. Orang tak tahu, untuk Iza, untuk dia meminta tolong pun bukan suatu yang mudah. Dan iza pula senang menolong orang atas perangainya yang mudah bersimpati dengan mereka yang meminta tolong. 

Dahulu, Iza ada kawan rapat, bernama Ina ... 

Rapat dan baiknya Iza sampai sanggup berhutang dengan kawan lain apabila si Ina ni nak pinjam duit. Semata ingin menjaga aib si Ina, Iza sanggup menipu sebab berhutang. Kemudian, atas kesalahan yang Iza tak tahu apa, Ina menjauhkan diri daripada Iza, siap pakej memulaukan dan menyindir Iza. 

Peristiwa ini sudah banyak kali berlaku. Dipulaukan, disingkirkan tanpa Iza faham mengapa. Malah Iza pernah terkena dengan saudara terdekat. Orang yang diharap. 

 Kerana itu, Iza menjadi seorang yang penakut dalam berkawan, takut untuk rapat, takut untuk terlalu baik, kerana akhirnya akan ditikam, ditinggalkan. 

Tapi, walau bagaimana pun Iza tetap berjalan ke depan, walau hatinya terluka. 

 

Mufti Menk

Your life story is yours alone. It’s decreed by the One who made you. The challenges, the grief, the heartache; all part of who you are and the lessons you’ve learnt along the way. He puts you through the tests and gets you through them.
 
Bagi Iza kini, kisah hidup dia berbeza dengan orang lain. Dia sudah belajar banyak daripada kisah hidup dia. Dia tetap jalan walau susah, walau hatinya berat dengan kisah-kisah lalu. 

Dia serahkan segala hidupnya kepada Allah, kerana Allah yang telah memberi ujian itu dan Dia juga yang menolong kita melepasinya. 



Comments