Cara bekerja seorang introvert + low self confidence + social anxiety + lurus

 


Cara bekerja seorang introvert + low self confidence + social anxiety + lurus

Suka tengok orang yang boleh berkata-kata dengan mudah, setiap apa yang difikir, atau entah lah, kadang-kadang apa yang dicakap itu melukakan perasaan orang lain, dapat ditutur dengan mudah …

Tapi bagi seorang yang ada masalah keyakinan, nak cakap pun rasa was-was. Terlalu banyak yang difikir sebelum berani nak bersuara. Kadang pula tu, nak bercakap, tergagap pula, last-last isi yang nak diucap tak kesampaian pun ..

Kadang-kadang pula sebab hal begini, peluang nak cakap pun tak ada, sebab yang mahir bercakap akan bercakap, non-stop … jadi, pendam jer lah semuanya sendiri …

 

Selain itu, bagi orang macam ni, nak cakap banyak pun sebenarnya Takut, nanti disalah erti, takut akan cipta persengketaan, dan pelbagai lagi lah sketsa yang bermain di minda …

Ditambah dengan sikap people pleaser , maka  tak pandai cakap tak, maka, di ia kan sahaja apa yang orang lain katakan …

Walau akhirnya, diri sendiri terluka. Berkorban kerana terpaksa.

Ditambah pakej lurus bendul macam pembaris. Susah nak faham sindiran orang, dan hanya faham maksud orang secara tersurat, dan yang tersirat, entah lah, lambat nak faham, dan kadang-kadang langusng tak boleh faham.

 

Mungkin kerana itu, orang sebegini suka kerja sendiri, jalan sendiri .. kerana masalah komunikasi. Kerana tak tahu cara nak bercakap dan berani bercakap seperti orang lain. Cara komunikasi yang salah boleh membawa pelbagai masalah, dan orang seperti ini sedaya upaya nak elak masalah sebab masalah komunikasi.

 

Mungkin orang pelik dengan cara orang begini yang tak bercampur dengan orang, yang selalu menyendiri, tapi tak apalah, sekurang nya orang begini tak ada cipta drama, tak ada cipta musuh dengan orang.

 

Comments