be organized (menjadi tersusun)

 Banyak faedahnya apabila kita menjadi seorang yang tersusun, yang berorganisasi, jadi kita tak kecah, tak sepah-sepah ... Kita tak akan membazir sebab kita ingat yang kita ada barang itu, bukan asik menambah-nambah barang sahaja ...

Bercakap daripada pengalaman peribadi yang suka menambah barang, yang konon asal murah, beli dan dijadikan stok dengan kononnya mungkin akan diperlukan pada masa hadapan, padahal. tak adanya akan digunakan pun dan akhirnya membawa kepada pembaziran. 

Dulu, suka sangat beli buku cerita, buka nota, dan memang pengumpul yang sejati, tapi apabila menyedari yang akhirnya barang itu tak digunakan pun dan semua barang itu adalah wang .. saya mula berubah sikit demi sedikit. Perubahan ini mengambil masa yang lama untuk dipupuk, sebab sampai sekarang masih lagi melatih diri untuk menjadi seorang yang tersusun, ringkas dan minimal. 

Sebab utama buat ini, kerana ia dapat mengurangkan anxiety saya ... sebab semakin kurang barang, semakin senang nak urus, semakin tak semak otak dan hati ni ...

Tapi rupanya, untuk menjadi seorang yang organize bukan mudah, perlu semangat dan iltizam yang kuat ...sebab nak ubah sikap lama susah, sangat susah .. sebab cara lama dah sebati dalam diri, tapi kerana teringatkan kebaikannya, maka, kuatkan hati untuk terus mengorganisasi barang, dokumen, dengan membuang bahan yang tak perlu.

Sebab kalau semangat tak kuat, memang akan hanya hangat-hangat tahi ayam lah jadinya ... 

 

Comments